Tuesday, 28 April 2015

Box DIY

Assalamualaikum...

Today we make a cutes box ok...
Bila tengok DIY nie pernah terfikir tak, "one day, bila aku kahwin, mesti aku nak buat camni!" . Saya sekarang ini sangat-sangat tak sabar menunggu hari itu tiba. Tak sabar untuk DIY box-box comel nie. Bila tengok-tengok box yang orang lain buat, rasa amat menarik dan paling penting, rasa 'macam' senang. 'macam', ok! hahaha...So, bila ada masa terluang, boleh cuba-cuba buat DIY nie ye! 
*Kepuasan bila buat sendiri lagi maha hebat jika dibandingkan dengan beli yang dah siap. Kan~ hahaha

This picture are not mine. Tapi bila tengok sejelas-jelasnya, maybe saya dapat buat. Tunggu cari bahan je. Sekarang nie, bukan masalah nak making benda nie, tapi masalah saya adalah keperluan kesusahan untuk cari bahan-bahan tersebut. Eleh, orang cakap, " nak seribu daya, tak nak seribu dalih!" camni la haa...Adoyai...Oke!

Yang ini pulak, DIY box jugak. Cuma yang ini dah ada polanya. Jadi berpandukan pada pola tersebut, just make it oke! hehehe...Yang lain-lain tu tambahan sahaja, untuk menaikkan seri box itu lagi. Yang tu jugak, atas kreativiti masing-masing. Bila sel-sel otak berhubung, maka akan jadilah DIY tuu...hahaha..So, hubungkanlah sel-sel otak anda mengikut laluan yang betul..kikiki

Dan last, yang nie lagi simple sebenarnya. Kalau ikut pattern yang skema macam kat bawah tu dia pakai CD. Lepat tu tekap je dah kita lipat ikut pola yang kita lukis tadi. Kalau malas nak lukis-lukis pakai CD macam kat bawah tu, boleh buat macam kat atas tu. Just penyetkan macam dia buat. Apa? Senget jadinya? Takpe, mula-mula memang senget, lama-lama oklah! hehehe...
* Senget tu seni. Sangat seni Oke~
*Practice makes perfect!

Monday, 27 April 2015

Pizza Time!

Assalamualaikum...

Dah dua tiga hari tak update. Rasa macam lama lah pulak dah tak update. Masih di bulan april 2015. Sekejap je lagi nak masuk bulam mei. Cepat pulak rasakan bila dah sampai ke tengah tahun. The real is, masa begitu cepet berlalu. Sangat cepat! 

Tengok tajuk, cakap pasal pizza lah hari nie. Lama sudah tak sentuh pizza sebenarnya. Banyak kekangan, seperti masa, geng tak ada nak lepak skali, duit kureng dan sebab GST. hahaha...GST tu faktor terbesar kami kurang makan makanan macam nie sekarang. TQ jugak GST sebab bagi peluang untuk saya berjimat chherrrmatt..hahhaha

See...nampak tak apa yang saya nampak? 
Sangat-sangat jelas koottt...hahahaha...

Nak tahu cara buatnya? jom kita meninjau ke blog-blog orang lain...jom! jom!

Bahan-bahan membuat PIZZA ala Domino saiz 11 inci


** Untuk Doh Pizza ** 

  • 200g / 2 cawan tepung gandum 
  • 20g / 2 sk yis segera 
  • 3g / 1/2 sk garam 
  • 5g / 1 sk gula 
  • 10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun 
  • 1/2 cawan air suam untuk menguli

** Untuk sos pizza ** 

  • 1 labu bawang besar - cincang halus 
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus 
  • 2 biji tomato - cincang halus 
  • 2 sb minyak masak 
  • 3 sb tomato puri 
  • 2 sb sos tomato 
  • 3/4 st gula 
  • 1 sk oregano 
  • garam & gula

** Untuk Topping ** 

  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing) JANGAN dicampur makanan laut dengan darat. 
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato 
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas 
  • Keju mozzarella, chedar atau parmesan untuk pizza

Resepi Cara mudah membuat Pizza gaya Italiano


Untuk membuat  sos Pizza 
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan-bahan lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & biar sejukkan sebentar.

Untuk membuat Doh Pizza

1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkun. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.

PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan dan campurkan dengan 1/3 sudu kecil tepung gamdum dan ½ sudu kecil gula dan juga yis. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang campur bahan-bahan doh pizza.

2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Lumur doh dengan minyak zaitun atau majerin dan masukkan dalam plastic bersih. Ramas-ramas doh beberapa minit sambal duduk depan TV. Buat lebih kurang 5-10 minit aje. Lepas tu keluarkan dari plastic dan masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian, tutup bekas dengan plastik cling. { boleh juga guna kain putih yang bersih}

3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar atau dapur gas.Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan memantul. Kira dah cun dah tu.

4. Tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angina. Bukan badan manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.

5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai masanya korang canaikan doh jadi bulan setelaj agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak isi cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.

6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan cheese.

7. Tabur topping pizza dan keju parmesan atau chedar cheese sekali lagi untuk bagi rasanya lebih lazat lagi.

8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.

Tadaa..
SIAP untuk dimakan…

Terima kasih untuk http://www.ismailahmad.com/2014/10/resepi-mudah-doh-pizza-mat-gebu-yang-lembut.html ...

Jom buat! hehehe...
Saya sangat sangat sangat sukeee makan!


Thursday, 23 April 2015

Hati Perempuan

Idea datang! Idea datang! Cepat-cepat! Owh Hati Perempuan...



Adaptasi daripada sebuah novel, karya Nur AinAl-Abbas. Memang betul-betul novel, sebab tu lah jalan ceritanya macam dalam novel. Pening dengan ayatku ini? hahaha. Maksud saya cerita nie macam sebijik cerita dalam novel dan tak seperti kehidupan sebenar.Dahtu memang lah, sebab nie adaptasi daripada novel, bukan kehidupan sebenar. Tapi...tapi...
Sejujurnya ini bukanlah sebuah cerita kesukaan saya. Saya tak minat. Tapi ramai je orang lain minat, kawan-kawan awak peminat no.1 tahu !~ 
Tahu~
Dah tu?

Sebab apa saya tak minat cerita nie?

  • First, sebab cerita nie disiarkan waktu maghrib. (Bunyi macam lain macam lah pula kan. Sebenarnya, waktu maghrib saya jarang tengok tv, kalau kat kampung, memang sah-sah la kena marah tengok tv time tu. Jadi bila di rumah sendiri jadi sudah terbiasa TAK TENGOK TV. Tp, kalau ayah tak ada, tengok juga.hahaha...)
  • Pastuh, jalan ceritanya tak best. Sangat tak best! Ayahanda, bonda, tengku..bla..bla..bla..not my taste! hahaha...pastu, kejab baik, kejap tak...Baik dalam seminit, gaduh pulak memanjang lepas tu baik semula. Macam mana saya tahu? sebab saya selalu tengok kawan-kawan saya duk membebel pasal diaorang tu (Tengku Zaril & Yuhanis eh?). 
  • Lepas tu, jarang sangat saya follow cerita melayu. Saya tak suka sangat drama melayu. Tapi kalau Movie melayu, oke lah juga. Sebab? Saya tak suka tunggu/ menantikan episod-episod seterusnya. Kalau tak dapat tengok, sangat frust kan. So, baik jangan tengok terus. Tapi kalau yang dah download oke lah juga. Sapa nak tolong download untuk saya?? hahaha...
  • Pelakonnya oke? Oke je bagi saya. Nak kata minat tu tak. Nak kata tak minat pun tak. Macam mana nak terangkan ya? Kalau tengok ok, tak tengok pon ok. hahaha..ayat apakan itu? sangat-sangat hancus! 
Empat sebab je cukup tak? hahaha...cukuplah. Tak perlu banyak sebab untuk tidak meminati sesuatu perkara itu. cukup kita je tahu yang selebihnya sudaaa..kan..kan..kan...

Pendapat masing-masing. Sapa kesah kita nak judge apa, nak cakap apa. Kan~

dan, malam nie malam jumaat. Tengku Zaril dengan Yuhanis tak ade tau! Yeppi! hahaha... Jangan Marah noo..kikiki 

Last, babai...Selamat Menonton Hati Perempuan bagi yang meminati cerita tersebut. Maaf kalau terkasaQ bahasa, tersalah tulis.

G.I Photoshoot-The Best Picture

Assalamualaikum...

Berbelog lagi kite. Macam geram pula kita tengok orang lain sentiasa ada idea untuk berblog. Saya juga yang kurang idea sangat...Sedih sungguh! Hari Jumaat, penghulu segala hari, mohon agar idea timbul dlm kepala nie sikit demi sedikit. Perlukah? hahaha...

Cakap pasal tajuk di atas, G.I Photoshoot, sape tak tahu? Kalau tak tahu, silakan google. Google, google cepat2! Dan anda akan tengok hasilnya, walla!! Memang sangat -sangat cantek! 
Apa yang cantik? Gambar lah yang cantik sayang~

Saya minat kerja-kerja kahwin. So kalau kawan saya yang kahwin, saya akan follow dari awal persiapan sehinggalah ke akhir persiapan. Dari awal penyediaan bunga telur sehinggalah ke atas pelamin. Sangat-sangat seronok bila berpeluang terlibat dengan itu semua. 

Dan berbalik kepada gambar-gambar G.I Photoshoot yang saya tengok sangat-sangat cantik, nak tengok juga? Jom!








Sangat-sangat cantik kan. Dan sape-sape yang nak cari fotographer untuk wedding nanti, boleh la visit page G.I Photoshoot tu. Survey harga, survey gambar, tengok macam mana seni dia orang amik gambar.

Saya tukang promote kah? Eh, tak lah..saya cuma seorang peminat tegar gambar-gambar yang cantik dan terkandung seni pada penglihatan saya. G.I Photoshoot ada banyak gambar-gambar cantik! Sebab tu saya suka tengok...Rugi awak tak tengok!

Tapi sambil-sambil tengok, boleh la telan air liur (saya yang telan air liur, orang lain tak kot..hahaha). Sebab konsep wedding kebanyakannya sangat-sangat gempaQ. Bila saya yang tengok, ini cantik, itu cantik, sana cantik, situ cantik, semua cantik!

Falsafah gambar - Rupa yang tak cantik akan jadi cantik (dalam gambar) bila seorang photographer bijak tangkap gambar mengikut caranya yang tersendiri. Emmm..ayat saya berbelit eh? Tapi anda faham kan? kikiki...

Wednesday, 22 April 2015

Chocolate vs Crepe Paper

Assalamualaikum...Ohayo Gozaimasu!

Rasa macam bosan kalau tak buat DIY nie. Bosan-sebosannya! Hujung minggu nie jom penuhkan masa anda dengan buat gubahan hantaran. Dalam hantaran perkahwinan, mesti ada terselit satu hantaran khas untuk coklat kan? Mesti ada punya! hehehe...Jadi, esok, pergi beli kertas crepe cepat-cepah, jom kita ber DIY. Kita buat gubahan hantaran untuk coklat Ferrero Rocher. 

Macam mana nak buat nie? kita buat macam nie ya...

Walla! Comey tak? Macam comel je sangat-sangat. Dulu masa abang saya kahwin, tak terfikir lah pulak nak buat macam nie. Bila baru jumpa blog nie, rasa macam tak sabar-sabar nak buat. Ada sesiapa yang nak kahwin tak? Meh saya buat! kikiki...Rasa macam mencabar tak nak buat macam nie? Saya rasa macam senang je. Sangat-sangat senang! Jom buat! Tak sabarnya saya...hihihi..

Jom start!

Caranya buat seperti gambar-gambar di atas. Kalau tengok, mesti dapat buat. Insya'Allah! Senang je nie...
http://www.icreativeideas.com/

Thanks  http://www.icreativeideas.com/  for give me an idea to make this! 
I will make it perfect! kikiki...

Kalau tengok dekat-dekat, agak-agak dapat bayang tak macam mana nak buat? 
Boleh!hehehe...
Good luck ye hujung minggu nie..buat jangan tak buat!

* Sumber gambar daripada blog http://www.icreativeideas.com/...

Friday, 17 April 2015

Bunga Telor VS Bunga Tangan

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kite! Alhamdulillah masih bernyawa, masih diberi kesempatan, masih berpeluang menebus dosa-dosa yang bertimbun dan masih berpeluang berkumpul bersama keluarga dan sahabat tersayang. Sebelum tidur semalam tak sempat ucap alhamdulillah, syukur atas rezeki kurniaan ilahi di sepanjang hari. Sadis sungguh!

Tu baru pembuka bicara. Bicara yang sebenarnya belum lagi...kikiki...Oke lah, merujuk pada tajuk di atas, tentunya berkisar mengenai hobi. Hobi? Kegemaran, kesukaan, keterujaan, kegembiraan, semuanya merujuk kepada yang dipanggil apa itu 'hobi'. Hobi saya? Saya banyak hobi. dan antara hobi saya banyak berkaitan dengan kerja-kerja kesenian. Kalau dilihat pada post-post saya sebelum nie, mungkin dah dapat agak saya minat terhadap apa benda? Hobi saya sangat sukeee bila terlibat dengan kerja2 awal sebelum perkahwinan. Sebagai contoh bila melibatkan pemasangan pelamin, pembuatan bunga telor, bunga tangan, doorgift, bubble talk, dll...contonya seperti gambar di bawah...

Semua bunga tangan nie dibuat untuk sahabat2 saya. Sukee tengok dia orang guna handmade yang saya buat. Rasa macam itu satu kepuasan. Sangat!
  • sesiapa yang berminat, boleh tempah dengan saya. Kalau nak tempah, awal-awal ye.hehehe...

Dan juga bunga telur. Sangat2 suke bila dapat buat ramai2. sesiapa yang berminat, PM laju-laju keh! Lily Uqasha..

Ada sahabat yang tanya, kenapa tak bukak page. Jual dalam page lagi banyak sambutan kott. Saya cakap, teringin juge, tapi tunggulah suatu hari nanti. 
Insya'Allah! 
Dan sekarang saya hanya bergiat kecil-kecilan. Kalau ada yang berminat boleh message saya. 
Kepuasan itu lain macam rasanya bila kita dapat siapkan sesuai dengan kehendak pelanggan.
boleh PM di facebook saya - Lily Uqasha

Sepanjang Majlis Kahwin Sahabat

Assalamualaikum..

Cerita berkisar Sahabat yang semakin lama semakin pupus zaman bujangnya,
Masing-masing berkahwin kerana telah tiba masanya,
Dah sampai jodoh bak kata mereka,
Akhirnya, tinggal saja yang masih tegar memegang statusnya,
Seperti saya, dan lain-lain juga,
Biarlah mereka, saya bukan mahu berlumba-lumba,
Dan saya tak kata yang berkahwin tu mahu berlumba-lumba,
Jangan salah faham yaa,

Siapa yang tak mahu kahwin muda,
Tapi bak kata saya, status saya masih belum sampai tamat tempohnya,
Sikit pun tak terasa nak terasa nak buang status bujang saya,
Jadi, sementara masih bujang, jangan sia-siakan peluang yang ada,
Buatlah apa-apa yang kita tak dapat buat selepas berumahtangga,
Tak adalah nanti rasa kempunan saja,

Tuhan tahu mana ajal, maut, rezeki dan jodoh kita,
Jadi, ikut jalan mudah berdasarkan takdir yang maha esa,
Jangan pula menolak fitrahnya, 
Tak mahu ikut sunnah Nabi, tak payah jadi umat-Nya

Saya ucapkan tahniah pada mereka yang sudah berumahtangga
Insya'Allah persahabatan kita kekal selama-lamanya,
Ku doakan semoga mereka bahagia ke akhirnya, sampai syurga,
walaupun ada jurang antara kita, 
Kenangan itu akan mendekatkan kita semula...

*Malam nie rasa nak cakap macam nie saja. Teringat pada kawan2 yang sudah berkahwin, dan mengenang diri sendiri yang masih kuat memegang status 'Bujang'. Bertahanlan! (Sebab saya tak mahu kahwin lagi, Belum sampai jodoh..kikiki)

*layan gambar kawan kami yang kawen tu lagi best!..Zoomm!!!

Sempat buat bunga tangan untuk sahabat. Juga bantal MR & MRS. Sape nak boleh request, saya buat! hehehe,...

DIY pelamin jugee...amacam, lawa tak?

Nie je yang tinggal...kikiki





Dan juga Bubble Talk...

Ini sahaja untuk malam ini. Tidurlah! esok kerja...
Macam tak cukup cuti sehari, Nak cuti lebih~huhuhu...
Bertahanlan untuk sebulan yang mendatang ini.
 Gambate neh!

Bunga Tangan Buat Sahabat

Assalamualaikum...
Throwback cerita cinta kawan saya. Di hari pertunangannya. 
Semalam punya cerita, salah seorang sahabat baik saya bertunang. Untunglah yang bertunang tu saya dapat pergi. Dekat je rumahnya.

Sama tarikh tu jugak, seorang lagi sahabat baik saya berkahwin. Tapi yang berkahwin tu, saya tak dapat pergi. Sebab? Takde driver...Nak bawak sendiri kereta rasa macam tak sanggup. Nie hari raya cina, orang berpusu-pusu. Dah pasti jalan sesak gile. Saat yang paling sedih adalah apabila kita tidak dapat bersama meraikan hari bahagia bersamanya. Rasa macam, eh betul ke saya nie sahabat baik dia? Mungkin dulu baik, tapi kini? Kesian sahabat saya tu...The true is, saya betul2 nak pegi sahabat! Hadiah pon dah siap beli..huk..huk..Tapi susahnya bile tak ade kereta sendiri dan tak berkemudahan buat masa nie. Macam mana nak terangkan pada sahabat saya tu...Serba salah jadinya!huhuhu...
*Memang la kalau saya tak pergi majlisnya tetap berlangsung...tapi,...

Ok, masuk bab lain cket, Tanpa kita sedari, kita/saya semakin melangkah ke arah umur yang semakin meningkat. Makin tua lettew! kikiki..Ha'ah! makin tua kan...Tapi tak lah tua sangat, remaja lagi la..Macam tak caya je saya dah umur sebegini. Rasa macam baru umur....hahaha..muda lagi laa..kikiki..

Oklah, berbalik kepada sahabat saya yang bertunang tu, tahniah saya ucapkan! Bestlah, selangkah lagi nak pegang status 'Puan' .kikiki..Saya? Lambat lagi..kikiki..ade jodoh, adalah. Bak kata orang, kalau dah jodoh takkan ke mana...hehehe. Semalam sempat amik gambar situ sini, jom layan..kikiki

Sebelum bertunang, sahabat saya nie dah request bunga tangan untuk majlisnya. 
Insya'Allah, saya cuba buat yang termampu dan hasilnya, macam kat tangan yang dia pegang tuu...
Tu saiz besar, so banyak kuntum bunga yang saya guna. 
Agak berpuas hati sebab dapat buat khas untuk sahabat saya.

selamat bertunang sahabat!


Ok..sampai situ dulu.
 Tunang orang buat apa nak tengok banyak2 kan..
Tengok sikit2 dah la..kikiki
Sekali lagi, tahniah sahabat! 
Harap kita bersahabat selamanya. 
Insya'Allah!

Buat sahabat baik saya yang berkahwin, 
Tahniah saya ucapkan. 
Walau saya tak dapat hadir ke majlis anda, harap jangan ambil hati. huk..huk..
I'm sorry!

Inai Lukis

Assalamualaikum...
Inai lukis di tangan dan kaki, dah jadi trend pada zaman kini kan. Boleh ke tak bolah? Saya juga tidak tahu. Yang saya tahu adalah dengan mencari jawapan dengan meneroka ke blog-blog orang lain . Betul atau tidak, itu saya tidak pasti . Di bawah saya memilih pendapat yang diutarakan  secara rawak. Sebenarnya banyak lagi pendapat yang lain. Terserah kita untuk menilainya. 

Memetik dari blog http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/11/13/hukum_-inai-lukis/

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN /HENNA”
Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini,
 kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk
 memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di
 tangan ala-ala tatu..masyaAllah
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH



Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.


Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: ” Bahawasanya Rasulullah s.a.w
 mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta
 rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk
 pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih
 Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak
 tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu’alam…
Contoh gambar jari yang dilukis inai. (Sumber gambar dipetik 
daripada G.I Photoshoot) .Kredit untuk gambar ini. Gambar yang
 sangat cantik. Abaikan sekejap inai itu, nilai gambarnya dulu. I 
love G.I Photoshoot!
















Jauh di sudut hati----comeynya kalau lukis macam nie. tapi,..
Kalau nak lukis jugak kena berdasarkan pada niat ke?
Sesungguhnya hamba insan yang lemah!
Thanks G.I Photoshoot! Pinjam Gambar Sat na...hehehe..
Wassalam...