Semalam dah menulis, hari ini rasa macam nak menulis lagi. Seronok jugak bila tiba-tiba idea datang. Tingg!! ok, dipersilakan idea dicurah ke dalam blog ini.
Tajuk hari ini, Buras. Apa itu buras??
"Cara membuat dan memasak makanan kegemaran orang bugis sama ada dia bugis local mahupun bugis pati. Makanan kegemaran yang saya maksudkan ini ialah burasa atau bahasa sabahnya buras. Buras dibuat daripada beras yang dimasak bercampur santan dan sedikit garam kemudian dibalut dengan daun pisang mudah sebelum diikat dengan ketat dan kemas. Cara mengikat burasa pun harus dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir mengikat sahaja. Jika mengikat burasa dilakukan oleh mereka yang tidak mahir akan membuatkan burasa yang dimasak akan pecah dan terkeluar dari pembungkusnya. Waktu yang diperlukan untuk memasak burasa ini adalah antara 5 hingga 6 jam dan mungkin lebih lama dari itu. Burasa biasanya dimasak didalam kawah besar atau tin minyak masak dan bahan bakarnya mestilah daripada kayu yang keras agar apinya cukup panas untuk membuatkan burasa dapat masak dengan sempurna dan tidak cepat basi untuk jangkamasa 3 hingga 4 hari lamanya. Selepas burasa betul-betul telah masak ianya akan dikeluarkan dari tin atau kawah dan dikeringkan sebelum dijadikan sajian untuk tetamu yang datang berhari raya. Burasa tidak sempurna dijadikan hidangan tanpa adanya sejenis lauk yang suku kaum bugis panggil masak likku atau bahasa sabahnya ayam yang dimasak dengan lengkuas. Burasa boleh dimakan dengan menggunakan apa pun jenis lauk sama ada rendang daging mahupun dengan ayam goreng pendek kata semua jenis lauk sesuai untuk dimakan dengan buras ini."
Sumber : http://bugisbukanpati.blogspot.com/2009/12/sedikit-tentang-burasa-atau-buras.html
(Maaf, sempat saya copy and paste. Sekadar untuk pengetahuan saya, terima kasih!. Sempat juga baca penerangan dari blog tersebut, rasanya Buras ni seakan-akan Ketupat Dakap yang selalu dibuat oleh orang di Kelantan. Lazimnya dibuat semasa hari raya. So, setahun sekali je la dapat makan...
huhuhu.)
Dua gambar di atas adalah Buras
dan
Dua gambar di bawah adalah Ketupat Dakap.
Ketupat Dakap yang selalu saya makan, macam ni lah haa...sebijik!
Selalunya kami makan bersama rendang ayam atau daging, dengan serunding atau dengan susu. Sesedap mulut. Tapi, tak perlu semua itu pun dah sedap makan kosong-kosong. Ha?makan kosong-kosong? Macam mana tu?kikiki...
Persoalannya:-
~Adakah Buras dan Ketupat Dakap adalah suatu benda makanan yang sama jenis?
~Orang Kelantan ikut orang Bugis atau orang Bugis ikut orang Kelantan? (Atau di tempat lain ada juga
Ketupat Dakap?Tolong jelaskan, saya tak tahu..hehehe)
~Dari mana asal sebenarnya makanan ini?
~Siapa suka makan nie??--->Saya!! kikiki...(Lambatnya nak raya, dah lama tak makannya!Puasa dah start esok, pastu baru bole cari buras ya!)
Saya tahu makan je. Tak pernah buat dan tak pernah tengok orang buat. Alih-alih yang dah siap terhidang di depan mata. Best kan...kikiki.
Bila tengok gambar memang jelas nampak Buras dan Ketupat Dakap macam sama kan. Eh bukan macam, tapi dah sama kan!..Ini pendapat saya saja, tak jelas dan tak ada fakta. Research lebih baik kan. Kalau nak tahu apa2, google je!..Tapi bukan semua apa yang ada dalam google boleh pakai. Fikir dulu ah..hehehe...
ok, Raya tahun nie nak makan Buras, Insya'Allah!!
Eh, Buras pulak, ketupat dakap laa...kikiki
wassalam...
No comments:
Post a Comment