Tuesday, 16 June 2015

Ada apa dengan 26?

Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan: Adakah kita sedari...??? Acheh Tsunami 26-12-2004, Jogja Gempa 26-05-2006 Tasik, Jawa Barat Gempa 26-06-2010 Guru Merapi Meletus 26-10-2010 Jambatan Tenggarong Samarinda, Indonesia Runtuh 26-09-2013 Bulan lalu pada tarikh 26 Okt. Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!! Mengapa semua ini Berlaku pada tarikh 26hb Adakah ini satu kebetulan?? Bukalah dan bacalah Al-Quran Juzuk ke: 26 Allah SWT telah berfirman Mafhumnya: "sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat". Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!! Jika sudi.. Sampaikanlah SMS ini kepada hamba Allah yg lain..
Petikan dari seorang hamba Allah dari Facebook.

Benarkah??. Benar atau tidak sebenarnya kita sememangnya perlu selalu dekat dengan Tuhan dan membuat kebaikan serta meninggalkan dosa. *Sebelum nie macam yakin je saya menulis, lantas ada hamba Allah yg menegur, lalu saya berfikir kembali tegurannyanya. Jadi kini, disebab saya juga tidak tahu, ada baiknya saya meletakkan diri saya ditengah2. Biarlah mereka yang bijak pandai menerangkan kepada saya yang kurang ilmu pengetahuan ini tentang apa terbaik, yang boleh akal fikiran saya menerimanya. Menerima pendapat orang lain lebih baik daripada kita berkeras tentang pendapat sendiri yang belum tentu benarnya. Terima Kasih!

Semakin hari kita semakin dekat dengan kiamat dan kematian. Tetapi, berapa ramai manusia yang segera bertaubat dan meninggalkan larangan-Nya? Semakin banyak bukti yang diperlihatkan oleh Tuhan, semakin bertambah manusia melakukan dosa. Seolah-olah mereka tidak takut akan mati dan hari pembalasan. 

Lihatlah manusia pada hari ini. Mereka jelas mampu ditunduk oleh wang. Hidup mereka dikawal oleh ANGKA. Angka itu yang meletakkan mereka sama ada berada di atas atau di bawah. Tanpa wang manusia kelaparan, mencuri, berbunuhan, hilang rasa kepercayaan dan hormat,  serta  murtad. Semuanya hanya disebabkan oleh sejumlah angka yang dicetak di atas kertas! 

Semakin hari dunia semakin menakutkan. Tingkah laku manusia membuatkan saya semakin berhati-hati dalam kehidupan seharian. Tetapi ini dunia, Tuhan kata JADI, maka JADILAH! Kesimpulannya, kiamat sudah dekat, perbanyakkan amalan dengan seikhlas hati, berdoa semoga Tuhan matikan kita dalam IMAN. Jangan lupa berdoa untuk ibubapa dan keluarga kita juga!

Sekian, Jangan lupa Tuhan kerana Dia selalu memerhatikan kita!

Tuhan itu maha mengasihani, TAUBAT sebelum terlambat!

No comments:

Post a Comment