Today : 17/06/2015
Day : Rabu
Nak mulakan macam mana ya? Esok dah start puasa....rasa lain macam sikit. Rasa malu-malu, rasa segan, rasa agak malas, rasa tak sabar nak puasa, rasa tak sabar nak berbuka dan rasa tak tahu nak tulis apa, rasa..rasa...rasa...bla..bla..bla...
Lebih kurang dua minggu saja lagi saya akan tamat bekerja di JAKIM. Ahhh...lega rasanya, lama dah saya menunggu akan saat itu. Yang nie rasa betul-betul happy! Sangat!..kikiki...Yeke happy? Happy la kot sebab kalau kontrak sudah tidak disambung, saya akan berpeluang balik berpuasa di kampung. Dan skali beraya la...Cuti panjang ciket, pastu baru berusaha cari kerja lain. Realiti masa kini.
Sepanjang menunggu saat habis kontrak ini, tanpa disedari kita semakin melangkah ke Bulan Ramadhan. Saya sempat la berpuasa di sini sementara masih bekerja di pejabat ini. Moga suasananya lainlah harap-harapnya. kikiki...
Bulan ni rasa indah sangat sebab insya'Allah dapat berpuasa di sini, luar dari kampung, luar dari kebiasaan. Masih! Syukur sepanjang menuju ke kedewasaan ini, cuma sekali dua kali sahaja saya terpaksa berpuasa selain di negeri sendiri. Itu pun di sebabkan saya belajar. So kalau dah belajar, kena buat cara belajar. Kan~ So, dah ada pengalaman la sedikit sebanyak macam mana rasanya terpaksa berpuasa jauh dari keluarga. Kali nie jauh sikit dari keluarga, harap tak apa-apa. kan dah besor! hihihi...
Persoalannya, sudahkah saya, anda bersedia menghadapi bulan Ramadhan? Puasa ganti habis dah? Dah ganti semua ke?
-Dah sedia!
-Dah lama habis!
-Semua beres!
Tak sabar nak raya pulak nie..kikiki
Bila tibanya puasa, teringat pada sahabat-sahabat lama. Banyak kenangan bersama mereka. Bila usia meningkat, kenangan ini mungkin akan dilupakan begitu sahaja. Dah nak buat mcam mana, masing2 jauh. Kawan-kawan di Kedah, Johor, Sarawak dan lain2, ada jodoh jumpalah kita, kan?
Buat kawan-kawan dan umat islam, selamat menyambut bulan puasa yang akan tiba ini. Semoga kita berdisiplin dalam menunaikan Solat wajib mahupun solat sunat.
Sekian..Wassalam..
No comments:
Post a Comment