Entah kenapa pabila saya mendengar, membaca, melihat, dan mengeja perkataan “DESIGNER” membuatkan saya jadi teruja, rasa seronok, elegan dan rasa masa depan saya maju..Biarlah ia cuma hanya angan-angan sahaja. =.=’
Dulu cita-cita saya masa darjah satu, cikgu tanya masing-masing nak jadi apa? Bila tiba masa saya jawab, “saya nak jadi GURU cikgu!!”...kiranya tu jawapan paling mudah, paling famous dan paling mendapat rangking tertinggi di kalangan kawan-kawan saya pada masa itu, semua nak jadi cikgu.
Lagi satu, kalau cakap nak jadi DOKTOR, saya dah sedar diri dari awal-awal lagi bahawa saya tidak mampu mangapainya dan tidak ditakdirkan ke arah itu...sebab tu saya cakap nak jadi cikgu..”muka saya ade gaya jadi cikgu kan..kan..kan.?? hehehe...
Tapi dalam dok mendengar cita-cita kawan saya, ada salah seorang kawan saya tu cakap dia nak jadi POLIS TRAFIK...semua org tengok dia..maybe dalam kepala masing-masing cakap..”waaa...dia nak jadi polis trafik, kenapalah saya tak terfikir nak jadi polis trafik jugak? Cita-cita dia gempaQ la..lain dari yang lain..”hahaha...tapi kalau cita-cita macam DOKTOR, JURUTERA, dan guru antara yang biasa-biasa sangat didengar oleh pelajar-pelajar. Kalau ade yang cakap, “cita-cita saya nak jadi DOKTOR!”..kawan-kawan yang lain jeling-jeling la jugak..maybe dalam hati masing-masing cakap, “eh, bole ke dia nie jadi doktor?? emm..tengok muka sikit...emm..boleh laa..hahaha”...
Masing-masing punya persepsi masa kecik-kecik dulu memang x matang..hahaha..x matang langsung!
Masuk ke sekolah menengah, perubahan masa merubah pemikiran saya dan kawan-kawan yang lain...masing-masing punya cita-cita juga dah berubah. Tapi ade juga yang masih tetap pendirian, mungkin juga dari kecik lagi dia dididik oleh ibubapa mereka..”bila besar nanti kau jadi itu, jadi ini, jangan jadi itu, ini..bla..bla..”tu pasal kot..hihihi...cita-cita saya juga berubah 360 darjah ...kalau dulu, time kecik-kecik nak jadi cikgu, dah besar sikit cita-cita pon kena matang beb!..hehehe...kawan-kawan saya juga cita-cita mereka bertambah maju. Kalau dulu mereka nak jadi doktor. Tak tahu doktor ape, spesifiknya tiada..tapi kini, ada nak jadi doktor pakar sakit puan, doktor haiwan, doktor saraf..haaa..macam-macam sudaa...
Budak-budak zaman dulu dah maju, budak-budak zaman sekarang apatah lagi...mungkin dia orang sedang membina cita-cita mahu pergi ke pluto agaknya...ganazz, ganazz...! saya pulak, nak tau saya mao jadi ape??..
Saya mahu jadi INTERIOR DESIGNER...waa..x ke gempaQ bunyi cita-cita saya tu??.Cuma nak mengapainya kena fikirkan dua tiga kali jugak...manis hanya di bibir...huhuhu...
Sekarang, saya menjadi mahasiswa...so saya kena ada cita-cita lain ke?...memang dah ada cita-cita lain pon...tapi biarlah rahsia..hehehe...INTERIOR DESIGNER masih minat, cumanya dah makin berkurang. Tapi perkara yang saya minat tu berkaitan dengan DESIGNER juga. Rasa macam mencabar je buat kerja-kerja macam tu. Tapi cita-cita tu dah banyak dicapai orang-orang..apa lagi kerja yang tinggal buat saya? Nanti tak nak lah pegang title GRADUAN MENGANGGUR...tanak!!!tanakkk!!! susahnya mahu melangkah ke zaman seterusnya, tahun 2012 penuh cabaran...semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan keluarga saya dan diriku sendiri pada tahun ini. Amin..
Sekarang sudah di tahun 2015. Status menganggur tu memang den tak pogang, alhamdulillah! Tapi nak jadi disigner yang bertauliah agak gelap masa depan untuk digapai. Kalau design untuk produk sendiri, selalu la saya buat kalau ada masa lapang. Kalau tak tersimpan je di memori, berhabuk!
rumah moden nie..tp comel!hehehe
nak design kna tahu main warna..kan?kan?kan?kikiki
Bilik nie cantik! warna feberet..hehehe
wassalam
No comments:
Post a Comment