Kerja swasta berbanding kerja kerajaan. Mana lagi orang suka, orang minat, orang impikan?
Rata-rata masyarakat Malaysia kini lebih cenderung memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Kalau di kampung, dengar je anak orang tu dapat kahwin dengan mereka yang kerja dalam sektor kerajaan, waahh! memang terbaik! Mak bapak diaorang pon cam bangga siket nak cakap dekat orang kampung, anak mereka kerja itu, kerja ini, kerajaan beb!hihihi. Sebab masing-masing tahu masa depan anak orang tu akan terjamin kan. yeke? *Saya pon nak kalau macam nie! hahaha...
Kenapa bekerja dalam sektor kerajaan dianggap lebih terjamin? Sebabnya :
- Elaun rumah
- COLA
- Bonus tetap khidmat awam
- Kenaikan gaji setiap tahun
- Kemudahan pinjaman kereta dan perumahan
- Cuti yang fleksibel
- Simpanan hari tua (KWSP)
- Prospek kenaikan pangkat
- Kemudahan menyambung pengajian
- Susah untuk dibuang kerja
- Peluang untuk berkursus dari masa ke semasa
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
- Kerja yang lebih tenang dan selesa. Yeke?
- Dll
Sumber : http://kedah2u.info/jawatan-kosong-kerajaan.html
Dan kebaikan bekerja dalam sektor Swasta, seperti :
- Elaun tinggi diberi mengikut kelayakan dan keuntungan syarikat
- Gaji pokok yang tinggi
- Berorientasikan keuntungan syarikat
- Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti berkahwin
- Rawatan perubatan di klinik yang lebih selesa mengikut kelayakan
- Dll
Sumber : http://cikleley.blogspot.com/2012/11/kerja-swasta-vs-kerja-kerajaanerm.html
OKlah! itu pendapat mereka-mereka. pendapat masing-masing. Jika nak lihat pada kelebihan dan kebaikan, memang jelas kerja dalam sektor kerajaan banyak kelebihan. Tapi bukan semua orang berminat untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Ada yang berminat kerja swasta sebab gaji banyak. Memang sangat banyak! hihihi...
Dan ada orang cakap kerja swasta tak terjamin. Pendapat saya pula, Kerja apa-apa pun tak akan terjamin kalau ada sikap yang tak baik dalam diri seperti, boros, tak tahu cara nak berjimat, boros, boros, boros!..(tak tahu point sebenarnya, hahaha). So,manage lah diri sendiri dulu sebelum nak judge itu, judge ini. Kalau anda isteri, sila jaga kewangan suami anda supaya tidak terkeluar dari landasan sebenar! hahaha...
ATAU
Mungkin anda berminat untuk berbisnes? Jika begitu, tinggalkan kedua-dua sektor tersebut. Anda tentukan hala tuju anda sendiri. hihihi...
*Kalau meniaga tu menjadi, boleh jadi kaya beb! hihihi...
Bagi aku, kerja mana-mana pon ok. Dalam sektor mana-mana pon aku grab je kalau dapat. Ingat senang ke sekarang nak cari kerja. Aku nie dah jadi macam jobless dah. Eh yeke? Tapi aku kerja jugak sekarang, cuma tak tetap. Bukan swasta dan bukan kerajaan. Status pekerjaan aku masih lagi dalam tanda tanya. hahaha... so, i'm still looking for a job.
Dan yang aku paling tak boleh nak faham, kenapa ada sesetengah masyarakat yang mengklasifikasikan kami yang jobless ini, (tak tahu status apa) sebagai orang yang memilih kerja. Kami tak memilih, cuma peluang tu tak ada. Bila tak kerja mereka cakap kami malas berusaha. Perlukah usaha-usaha itu ditunjukkan agar suara-suara sumbang itu senyap buat selama-lamanya atau mungkin sekejap sahaja. Pleeaaseee!
Dah start rasa nak membebel. so, sebelom membebel lebih panjang, jom kita keluar!kikiki...
Yang nie memang untoong! Rezeki kita siapa yang tahu!
Tapi SPA kini (2015) dah mula bekukan pengambilan/ kemasukan graduan ke dalam sektor-sektor kerajaan. 2-3 tahun. Lama tuh!
Sedih~
No comments:
Post a Comment