Assalamualaikum...
Ini bukan lagu untuk dinyanyi,
Bukan juga puisi untuk dihayati,
Aku tak pandai mengarang puisi,
Juga tak pandai bercerita itu ini,
Biar aku sahaja yang mengerti,
Aku cuma mahu menyatakan rasa hati,
Yang meluap-luap melihat kesengsaraan pelestine,
Meluap hampir pecah, dan tidaklah seteruk anak-anak Palestine,
Yang telah syahid menyembah bumi,
Alhamdulillah! Insya,Allah! Syurga menanti.
Gaza sedang masih bergolak lagi,
Oleh kerakusan Israel yang tidak berhati nurani,
Di mana kemanusiaan di hati?
Di mana nilai murni?
Di mana hilang kasih sayang yang hakiki?
Jelas dunia dihuni manusia tak berhati(no heart)!
Aku hairan bila mana manusia berfikir seperti tidak berfikir,
Aku kesal harus melihat manusia yang fakir,
Fakir dalam membentuk hati dan berfikir,
Fikir...fikir...dan terus fikir...
Dan aku disini hanya mampu berdoa,
Untuk mereka khususnya yang derita,
Moga mereka mendapat pembelaan di akhirat sana,
Sedih, pedih, melihat mereka,
Mereka seolah-olah dihukum oleh dosa?
Dosa apa?
Dosa apa?
Dosa yang dinilai oleh Israel durjana,
Mereka anggap mereka paling atas berkuasa,
Dan mereka tidak sedar Tuhan itu ada,
Lagi atas daripada mereka,
Israel tadak tahu itu semua,
Mereka seoleh-oleh buta oleh dunia,
Yang pasti tidak akan kekal lama.
Bertahanlah wahai Gaza!
Bertahanlah wahai Palestine!
Bertahanlah anak-anak di sana!
Sesungguhnya Tuhan itu ada!
Sentiasa ada!
Insya,Allah! One day Palestine will be free!
Insya’Allah!!
Hanya gambar-gambar ini yang mampu di upload.
Aku tak mampu melihat kezaliman yang ditinggalkan pada fizikal manusia. Lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil.
Sesungguhnya aku tak kuat.
#prayforgaza #prayforpelestine #freepalestine
No comments:
Post a Comment