Salam...jumpa lagi kita ya!
Emm...kali ini aku agak malas berbahasa formal. Terasa lidahku ini bergerak ke kiri dan ke kanan untuk memastikan aku nie bercakap/menaip dengan betul. Haaa..awak-awak semua apa tau, penat tao! Aku boleh menjadi betul-betul dan sebetulnya formal apabila time nak jawab exam sahaja. Titik!
Berbalik pada tajuk di atas, hobi aku sekarang ialah meneroka blog orang, sama ada yang orang dikenali atau yang tidak dikenali..he..he..he..Adakah ayat aku kedengaran bunyinya jahat.?ahhh..x de jahatnya..blog dibuat untuk org lain baca kan? jarang sangatlah orang yang buat blog sekadar nak melepaskan tension, apa yang berbuku di dada dan sekadar untuk peribadi kan??kan??kan?? mesti sedikit sebanyak nak menarik orang-orang utk membacanya..kih..kih..kih..
Terbaru nih, aku terjumpa 1 blog nie. (terjumpa ke ataw sengaja cari nieh??hahaha..ngaku cepat!) Blog nie sangat le cantik, tertarik dan sangat-sangat da boomm!!! Ak x mao bagi linknya kat sini sebab...aku cari blog ini secara kidnap..hahaha...berbanding dengan blog sendiri, blog aku nie kosong! maksud aku kosong tu bukan x de ape2 tulisan atau apa2 coretan, tapi macam faktanya kurang. (aku kan x bijak sangat..=.=’)
Tapi aku rasa berbaloilah dia (si penulis blog itu) seperti itu kerana dia lulusan luar negara. Aku lulusan dalam negara sahaja. (ramai je blogger dlm negara kita sendiri yang gempaQ dengan cara penulisan dan penyampaiannya yang tersendiri. Janganlah lihat mereke di luar sana sahaja...pesanan untuk aku sendiri, hargilah blogger tempatan kita..hehehe). Lagi pula, tambahan aku nie kurang berpengetahuan. *elelee..lagi-lagi wat ayat merendah diri pulak daahhh...
Melalui blog yang aku terokai tu, ak tau semua pasal family dia...hahaha..kiranya aku jadi macam penyiasat persendirian. Cari tau maklumat orang melalui blog. Baik x macam tu?hehehe...
Satu lagi blog yang aku jumpa, pasal masakan...macam2 jenis masakan si penulis blog nie buat...paling buat aku tertarik, cara persembahan yang disampaikan. Disamping gambar yang memang berseni dan ‘sharp’ cantek..huhuhu..memang dia guna kamera mahal...DSLR kot..hehehe..i like it!
Pastu, dalam banyak-banyak masakan yang dia persembahkan dalam blognya, aku tertarik pd 1 jenis kek iaitu KEK KAREMEL. Sempat laa aku copy buat utk dibuat kenangan. (eh bukan nk dijadikan panduan untuk membuat kek itu nanti ke?) jom kite tengok resipi buat kek tu...nanti kalau sape2 yg buat kek nie bagi kat sy cket..nak rasa..hehehe..”’kak Blog’ pinjam resipi akak nk masuk dlm blog sy jap eh!TQ..” hehehe...
KEK KAREMEL
Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel 1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2 140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
MerinQue 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
kemudian tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas diletak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh Kak Zuriani.
No comments:
Post a Comment