Assalamualaikum...
Terasa agak busy sikit dengan research berkaitan Atkins nie. Sapa yang suruh buat research? Bos ke? Ehh...tak lah, saya sendiri yang gigih nak belajar apa itu Atkins. Betul? Iyaaaa~~~
Dah tu duduk dekat ofis tak ada kerja kah? Hurmmm...tak ada kerja la, tu pasal gigih sangat menulis belog nie, hahaha. Macam biasa ayat yang saya gunakan, " Saya dibayar gaji untuk bekerja, tetapi tidak ada kerja". Pelik tak bunyinya tu? Kalau saya memang la pelik, sebab kita datang dengan seikhlas hati nak bekerja, tapi tak ada kerja. Tapi tak salahkan depa juga, sebab dah tak ada kerja? nak buat macam mana. So, hadap je la PC nie, updatelah belog anda, dan tulis tentang perkara yang agak berilmiah sikit oke? Iyaaa~~ paham.
Apa itu Atkins?
Atkins adalah sejenis corak pemakanan yang diciptakan bagi membantu individu mengurangkan berat badan melalui proses pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.(Tu saya search oke)
Mula-mula kawan cakap, diet laa guna Atkins. "Ape kebenda lah Atkins tuu", tak pernah dengar!" Pastu, dia gelakkan saya. Pastu, terfikir gak perlu ke saya tahu apa itu Atkins? Jakun sangat ke kalau tak tahu? Sedih jugak sesaat. (Sesaat je, tak lebih! hahaha) Tapi takpe, google kan ada. Alaa..macam la tak biasa, search je la..hihihi
Dan apa yang saya faham mengenai Atkins nie, senang cerita JANGAN MAKAN NASI & ROTI. Jangan salah faham, tu untuk dua minggu pertama je. Lepas tu boleh makan, tapi bergantung kepada berat badan anda. Dan semasa makan tu, BEHAVE oke! DISIPLIN kan diri anda. Jangan makan macam 'sekapal pecah' oke.
Terdapat 4 peringkat disiplin utama Atkins seperti :
- Induction (Permulaan/Pengenalan) -sekitar dua minggu/ lebih mengikut keadaan berat badan.
- Ongoing Weight Loss (Penyusutan Berat Badan Berterusan)
- Pre. maintenance
- Life time Maintenance
Dan peringkat yang paling penting adalah semasa peringkat Induction. Semasa peringkat inilah, anda WAJIB bersabar, disiplinkan perut anda, tahankan air liur dari menitik, dan tahan nafas, hembusss..hahaha
Makanan yang wajar dielakkan KALAU NAK KURUS seperti :
- Nasi, pulut, dll...
- Mi, bihun (sebangsa dengannya)
- Roti (sebangsa dengannya)
- Gula (sebangsa dengannya)
- Buah-buahan seperti pisang (lepas 2 minggu baru makan berpada2)
- Minuman bergula, berkafein dan bergas (milo, kopi, dll)
- Snek
- Makanan segera
- Makanan bertepung
- Segala makanan berbentuk kekacang
Makanan yang WAJAR DIMAKAN seperti :
- Ayam (elakkan yang digoreng sudaa, masak cara lain2 oke)
- Semua jenis ikan
- Udang dan jangan makan sotong( sotong tinggi karbohidrat)
- Sayur-sayuran (elakkan kentang dan segala jenis ubi dan lobak merah)
- Air kosong adalah wajib diambil 8 gelas keatas sehari
Nie saya tulis sikit je berkaitan pasal Atkins. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh search dekat blog orang lain oke. hehehe...
Bagi pendapat saya, kalau apa-apa sekalipun kita nak lakukan, kalau disiplin insya'Allah menjadi. Kalau ada semangat dan keazaman yang kuat nak dapatkannya, mesti jadi. Tinggal NAK dengan TAK je. So, kalau nak, chayok-chayok oke! Jangan dok tangkap leleh la kalau tengok sape-sape makan best-best pasni ok.
Sesiapa nak amalkan Atkins diet nie boleh buat.
Saya? tunggu sikiiitttt masa yang sesuai nanti. hehehe...
Sekarang nak p pekena laksa penang dulu. My feberet. Yang lain boleh tinggal, yang tu susah sangat nak tinggal. Sangat sangat sangat susah~ kikiki
Good luck ya kawan-kawan! hihihi...
No comments:
Post a Comment