Sunday, 7 June 2015

Menanti di Barzakh




Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Bila teringat akan mati, aku jadi takut. Mengenang akan dosa-dosa yang entah akan terampun ataupun tidak. Masa berlalu kian pantas tanpa disedari. Beberapa perkara mengenai alam ini telah lama diketahui, tetapi kenapa diri ini seakan kaku meneruskan langkah ke arah kebaikan. Setan manakah yang menyeret kakiku dari menuju ke arah kebaikan?? 

Aku ingin jadi baik, aku ingin menjadi orang yang bertaqwa, aku ingin menjadi anak yang solehah, aku ingin menjadi sebahagian daripada kaki-kaki solat berjemaah di masjid, aku mahu menjadi hafizah Al-quran, aku mahu tahu lebih banyak mengenai islam, aku mahu...., aku mahu....aku mahu...Tolonglah hamba-Mu ini Ya Tuhan!

Mati tak tunggu kau bertaubat! 
Kalau kau tak mulakan hari ini, bila lagi agak-agak masa kau sempat?

No comments:

Post a Comment