Assalamualaikum...
Salam ramadhan kepada semua yang berpuasa. Moga-moga pengisian puasa kita pada tahun ini lebih baik dari puasa kita yang sebelumnya. Moga-moga perilaku kita jadi lebih baik berbanding bulan-bulan yang sebelumnya. Moga-moga puasa kita diberkati dan diterima oleh Allah. Dan, moga-moga kita dipanjangkan umur untuk terus berpuasa dan beribadah kepada-Nya.
Alahai awak.... tak kerja kah? Atau sedang bercutikah? Atau macam biasa, kerja tapi macam tak kerja?
Jawapan yang ketiga sangat-sangatlah tepat, hihihi. Sebenarnya situasi seperti ini akan membuatkan kita merasa serba salah. "Macam mana aku kerja, tapi macam tak kerja?". Saya tak berniat/ bermaksud nak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi saya salahkan diri sendiri.
" Kau dah tahu jalan yang kau mampu, kenapa kau tak buat? kenapa kau tak capai? kenapa kau tak sahut cabaran-cabaran mereka? kenapa kau membiarkan apa yang terpendam dalam dada kau, disenyap sepikan begitu sahaja? kenapa kau tak jadi macam orang lain? apa yang kau kurang? apa yang kau perlu? apa halangan kau?".
Semua persoala tu tenggelam dalam pemikiran nan satu ini. Entahlah...Tunggu sikit masa sahaja lagi. Tu jawapan aku buat masa ini. Titik!
Dah habis soal tu, sekarang kalau tak kerja buat apa? Tengah cari resepi, hehehe...Rasanya dah hampir se'buku' saya salin resepi. Tapi dalam banyak-banyak yang disalin tu, semuanya tak pernah cuba lagi. hahaha...Sadis sungguh! Rajin salin, tapi buatnya tak. So, kenyang dengan hanya melihat gambar je la..kan~ hahaha...
Dan salah satu resepi yang sempat disalin adalah ROTI JALA. Jom buat untuk berbuka puasa nie! Semangat ler pulak! hihihi...
Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Tengok roti jala nie gebu semacam je.
Let's make it oke!
Berpuasa di perantauan. Harus belajar jadi seorang yang berdiri di atas kaki sendiri. Manfaatkan bakat yang ada. Masaklah untuk keperluan perutmu sekadarnya. hihihi...
Mak! nak balik...huhuhu
No comments:
Post a Comment