Assalamualaikum...
Makin lama makin malas nak update blog ini. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang sangat suka menghadap laptop ’24 jam’. Bila ada ‘angin’ barulah saya menulis. Dan apabila menulis, saya banyak merapu. Itu kelebihan saya, bijak merapu dan masuk topic tak ikut signal, main redah sesedap rasa. (kelebihan atau kekurangan tu???kikiki..).
Emmm...dah lama tak menulis, tiba-tiba terimbas perkara dahulu yang bermain-main di fikiran saya sehingga ke hari ini. Soal apa? Berkaitan dengan WUDHUK. Masa tu saya sedang belajar lagi dan menetap di kolej. Ada suatu hari, saya bersama kawan kebetulan mengambil wudhuk bersama-sama. Dalam ketika kami berwudhuk itu kami sempat berbual-bual dan bercerita. (Anggota badan kami bergerak selaras dengan turutan wudhuk, mulut kami bercakap). Ok..selesai sudah ambil wudhuk. Kawan saya juga dah siap.
Saya berpaling ke belakang...tiba-tiba, ada seorang hamba Allah ni, senyum je tengok saya. Lepas tu, saya senyum lah balik (dah orang dah senyum, kita balas laa. Nanti dikata sombong pula!) .Dalam saya bergerak nak keluar tu, sempat dia tegur saya, “MAKRUH ambil wudhuk sambil bercakap dik”. (saya terkedu!).Ohhh...
Sambil berjalan-jalan ke bilik, saya berfikir kembali apa yang ditegur tadi. Jujur pada ketika itu, saya boleh menerima teguran itu. Sebetulnya saya agak jahil pada ketika itu. Saya terlupa, tidak tahu, atau tidak mengambil tahu, saya juga tidak tahu!. Sambil berfikir-fikir kembali, memang tidak elok berbual semasa mengambil wudhu. Pada pendapat saya, satunya akan menganggu konsentrasi kita yang selalu menjadi penyebab kita lupa dan mengulangi perbuatan yang sama.
Lepas tu, beberapa hari kemudian. Sambil saya berjalan-jalan dalam kolej, tiba-tiba terlihat hamba Allah yang sudi menegur saya itu. Sekali lagi saya terkedu melihatnya!. Kenapa???Dia tidak memakai tudung, pakai baju..emmm..,oklaaa..(Nie dah masuk bab kritik orang nie..kikiki). Sejenak saya terfikir kembali, kalau BERCAKAP SEMASA MENGAMBIL WUDHUK, ADALAH MAKRUH, APA PULA HUKUM TIDAK MENUTUP AURAT???
Boleh sesiapa jelaskan? Saya kurang arif berkaitan dengan hukum hakam ini. Kalau berlagak pandai, nanti salah. Merendah diri lebih baik.
Bingung saya memikirnya! Jadi saya mengambil keputusan untuk berfikir sacara positif saja. Oklaa, Saya sangat-sangat berterima kasih akan teguran itu. Ada hikmahnya juga. Nak tahu apa hikmahnya? Dalam saya mengambil wudhuk kini, saya tak bercakap atau berbual sudah!. Khusyuk itu penting! Kalau tak nanti jadi lalai, terpengaruh dengan hasutan syaitan. Kikiki...
Sekian..
Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT.
Sekadar gambar hiasan.
Cantiknya solat kita bila kita yakin kita dapat khusyuk dalam solat. Insya'Allah!
No comments:
Post a Comment