Assalamualaikum...
Sudah 3 bulan saya mampu bertahan bekerja di tempat saya bekerja sekarang. Bravo! Macam tak sangka je. Tengok lagi enam bulan adakah saya masih mampu meneruskannya? Kita tunggu..kikiki.
Dalam tempoh 3 bulan saya bekerja, macam-macam benda yang berlaku diluar sana kan? (Luar? Saya kan di kampung sekarang..). Rasa semakin berdebar-debar untuk hidup di bumi ini. Yang paling besar berlaku di negara kita sendiri adalah kehilangan MH370. Itu kapal terbang. Kapal terbang yang sebesar-besarnya boleh hilang? Itu sangat misteri. Sangat-sangat misteri. Tuhan saja yang tahu ke mana kapal terbang itu menghilang. Dan kini masih belum dijumpai. Hilang begitu sahaja ditelan misteri.
Di luar negara juga masalah bertimpa-timpa datang. Masyarakat seolah-olah hilang arah dan tujuan. Apa akan jadi pada masyarakat di akhir zaman ini? Peperangan di sini sana. Sesungguhnya hamba bersyukur dikurniakan keamanan berpanjangan Tuhan! Doa untuk mereka yang syahid, sesungguhnya syurga untuk mereka. Amin!
Kanak-kanak jadi mangsa. Sedihnya...Allah!
Kita tak akan mampu merasai kesedihan yang dialami oleh mereka.
Doa supaya mereka tabah!
Doa supaya mereka memperolehi kemenangan dan kembali senyum seperti ini. Walaupun senyuman ini tidaklah selebar seperti kanak-kanak di negara kita yang bernasib baik, harap mereka dapat terus SENYUM!
Tuhan jagakan dia...
Lindungi mereka...
Kasihani mereka...
Rahmati mereka...
Berikan kegembiraan kepada dia!
No comments:
Post a Comment