Tuesday, 16 June 2015

Running Man

Running Man? Apa itu? 
Ia merupakan sebuah rancangan realiti yang lebih kepada memaparkan jenis-jenis permainan. Dalam permainan tersebut terselit semangat berpasukan, mengkhianati antara pasukan, dan pengajaran bahawa tidak boleh terlalu mempercayai 100% walau sahabat sendiri. Rancangan tanpa skrip betul-betul menunjukkan 'kegilaan' mereka.

Saya betul-betul jatuh cinta dengan running man sekarang. Rasa macam tak tengok sehari memang tak boleh. Tahun saya betul-betul minat RM adalah tahun 2012. Memang agak ketinggalan kan.. Sebelumnya saya dah pernah tengok, tapi tak ambil kisah sangat. Sebab saya tengok episod first, yang tu memang tak best. Sehinggalah ada seorang sahabat, (saya tumpang tengok je sebenarnya) tunjuk episod yang jauh melangkau dari episod first. Tengok punya tengok, mampu menggelakkan saya!..Tengok lagi macam best juga!..Sehinggalah kini saya tengok, dah nak habis tahun 2015 pun!

Running Man memang meletop! Seluruh asia popularitinya merebak, termasuk di malaysia. Memang betul-betul mabeles! Watak yang paling saya minat adalah satu-satunya perempuan dalam kebanyakan lelaki iaitu Song Ji Hyo. Kalau Ji Hyo ada, saya akan sokong kumpulannya! Hehehe..

Layan Ji Hyo la dulu..hehehe..




Comey kan Ji Hyo? 
Comel..Comel..Comel!

*oklah..nak tengok Running Man dulu..makin lama makin best pulak..hehehe

No comments:

Post a Comment