Sunday, 14 June 2015

Balik Kampung

Assalamualaikum...

Belog saya sunyi seminggu yang lepas. Sebab? Saya balik kampung maa. Balik kampung sempena nak menyambut awal ramadhan. Saya tak balik dekat dengan tarikh ramadhan sebab, nanti agak susah nak bersahur dalam bas dan ditambah dengan keadaan di kampung yang agak panas. Kalau balik awal, bajet nak makan segalanya yang teringin sepanjang di sini. So, balik ritu dapat lah makan apa yang dihajati. Lunas impian! hahaha...Makanan yang dah lunas seperti :



Ada lagi...tapi tu rasanya dah biasa-biasa makan. Saya bukannya mengidam yang pelik2. Cukup sekadar-kadar sahaja. Dapat makan macam nie pon sangat-sangat gumbira hati ini. hahaha...Tapi bila tengok buah mangga tu, rasa nak menitis pulak air liur ini. Sabaq neh! hahaha...Jumpa raya pulak! hihihi...

Selepas bercuti dua hari, semalam naik bas datang sini. Rasa macam tanakkk naik bas! Sayu rasanya meninggalkan rumah/ keluarga untuk kita keluar berpuasa di perantauan. Haaa, bila dah bunyi perantauan, maknanya? Dah dekat nak raya lor! hahaha...Semangat tol nak raya, puasa belom lagi la. Hancusss!


No comments:

Post a Comment