Tuesday, 16 June 2015

Throwback Memory at Gunung Tebu, Terengganu


Assalamualaikum...
 Masih terasa penat sangat. Sakit  urat sana, urat sini. Bahana mendaki Gunung Tebu inilah jadinya. Tahu Gunung tebu dekat mana? Jom kita baca...Fakta kat bawah nie saya copy dari Wikipedia. Tak sangka, glamer juga Gunung Tebu nie ek!


"  Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul ImanMalaysiaGunung Tebumempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).
Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, pendaki-pendaki akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.
Mendaki Gunung Tebu melalui trek yang sepanjang hampir 10 kilometer ini memakan masa selama 4 hingga 5 jam bagi pendaki yang sudah berpengalaman. Bagi pendaki-pendaki yang kurang berpengalaman, pendakian ke puncak mungkin akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama menyebabkan para pendaki kebiasaannya berkhemah di puncak gunung tersebut.
Mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Pejabat Hutan Negeri Terengganu dan melaporkan diri di balai polis terdekat sebelum memulakan pendakian.
Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Lata Belatan dan bayaran masuk sebanyak RM5 akan dikenakan di pintu masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas."

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan Gunung Tebu. Kalau di
 ikutkan, memang sangat-sangat mencabar sepanjang perjalanan
 saya ke sana. Menggugat fizikal dan mental. Dikala fizikal harus
 kuat mental wajib memberi perangsang untuk terus menyahut
 cabaran menuju ke puncak. Bunyi macam gah je kan saya dapat 
naik Gunung ni. Memanglah! ingat senang ke nak sampai ke puncak
 sana? Sengsara ooo...hehehe...Kalau ada yang nak rasa macam
 mana derita, sengsara, suka, duka, bangga, sejuk sepanjang saya
 berada di sana silakan. Tak susah pun, just sediakan fizikal dan
 mental cukup-cukup!.

Plot ceritanya begini...

      Ehem! ehem!..(tarik nafas dulu sebab cerita nie panjang, jenuh
 juga nak mengarang ayat nanti).

Gunung Tebu sebagaimana yang kita tahu, terletak di Hutan Lipur
 Lata Belatan. So, sebelum mendaki, kami ke sana sehari lebih
 awal. Sebab? Nak menyediakan peralatan untuk mendaki seperti
 makanan, pakaian, ubatan, khemah dan lain2. Di sana kami 
menginap dalam rumah rehat(ye ke orang panggil rumah rehat?).
 Tapi, tak usah risau kalau nak mendaki, memang rumah rehat
 itulah yang terbaik sebelum memulakan pendakian.

      Ok, habis bab tu, malamnya kami dibahagikan kumpulan. Nasib
 baik saya bersama kawan baik saya. satu geng..Alhamdulillah! dan
 dalam pembahagian kumpulan tu masing2 dibekalkan khemah. Dua
 orang satu kumpulan dan sebuah khemah.  Yang lain2 kami kena
 kongsi. Selepas tu diaorang bagi taklimat. Rupa-rupanya, 5 orang
 perempuan sahaja termasuk saya yang mendaki. Ahhh...lecehlah
 ramai lelaki.  Tak apalah, semangat dah berkobar2 punya pasal, 
apa2 pun boleh! kikiki...Dalam taklimat tu diketuai oleh
 JPAM(singkatannya google ya!). JPAM bagi tahu la yang mana
 bole, yang mana tak boleh, pantang larangnya bagaimana, itu
 ini..bla..bla..

      Ok tido!

      Keesokan harinya, jam 8 pagi semua berkumpul di tempat
 berhimpun. Senam2 selamat pagi malaysia dulu, dan dibahagi
 kepada satu kumpulan yang besar. Dalam satu kumpulan adalah
 dalam 12 orang. Dan pastinya, dalam 12 orang nie, terselit kami
 berdua! masing2 tak kenal, jadi agak susah nak berinteraksi. Tapi,
 takpe! jangan saya sorang2 sudaa.. huhuhu...ok habis sudah, kami
 turut dibekal sepolistren nasi. Jadi, sangkut di belakang beg. 
Cadangnya nak makan atas Gunung tu nanti.

       So, geraklah kami, macam askar wataniah dah skali tengok! 
kiri kanan, kiri kanan, berterabur! hahaha...Masing2 bawak bekal
 air kiri kanan. Biar berat, asal senang di perjalanan. Saya kongsi
 bawa air dengan kawan saya. saya bawak air hundred plus 2 botol 
di bawak air mineral 2 botol. Kawan saya paling kesian, dia dah la
 kecik, pastu terpaksa bawak khemah. Khemah tu kemain berat. 
Dia bertegas nak bawak, saya nak kata apa? hehehe..saya cuma
 bawak makanan lebih2.! kikiki...Ditambah dengan beg askar yang
 memang berat. Macam tak percaya kami mampu bawak beg
 seberat itu ke atas sana! Wah! Deabak!

       Dan berjalanlah kami menelusuri hutan belantara yang nyaman 
dengan oksigen itu. Betul2 nyaman! tak tipu! sejuk je 
rasa..hehehe...

Kalau cakap saja tak jadi kan, jom la sambil2 tu layan gambar.
 Macam orang kata, "biarkan gambar berbicara", hahaha..poyo!

Jalan punyalah jaooohhh, leepas tu baru sampai kat Batu Mat 
Hassan. Sebelum tu dah 
lalu sungai cakah dua/sungai Y. Daripada Batu Mat Hassan
 bermulalah pendakian yang
 sebenar-benarnya. Orang sana panggil kaki Gunung Tebu.
 Sebenarnya sebelum nak
 sampai sini, jalannya dah memang jauh dari chalet. Macam separuh
 perjalanan jugalah. Jalannya bukan rata sayang oit! Naik
 turun...naik turun...Dah mula
 rasa nak muntah sebenarnya, senyap je tak cakap!hahaha...
Sepanjang perjalanan, sempat suruh si pokok-pokok nie ber'selfie'
 kejap...Maka ber'selfie'lah mereka dengan jayanya. *Bahasa apalah
 yang aku tengah guna nie..adoyai...kikiki

Si peniup samangat ketiduran. Inilah pendorong N0.1 untuk saya 
terus maju ke hadapan. Kawan saya nie penat sangat. Sampai 
tertidur dia. Untunglah dia, mana-mana pon  boleh tidur. Saya?? 
Susah mao tidur maaa!! Thanks sahabat!

 Akhirnya sampai juga kita!!! Alhamdulillah! Syukur Ya Allah! 
Ingat senang ke nak sampai ke atas nie. Ada yang dah patah balik tao! Untunglah saya tak sempat patah balik. Ada juga terniat dalam hati masa kat tengah-tengah perjalanan tu, saya saya nak patah balik, tapi semangat untuk ke atas lagi tinggi. so, go ahead je la kan...kikiki 

kalau ada sesapa yang boleh cipta prop macam nie, tak payahlah ke Gunung Tebu. Jimat segala-galanya. *Ada prop saja tak jadi, kepuasan tak ada. kikiki...

Dekat atas batu nie paling best! Di sini kepuasan tercipta. Sangat-sangat puas!
Nampak seluruh alam. Baru tahu, betapa kerdilnya aku di bumi-Mu Tuhan.




       Kami turun dari melihat pemandangan, menuju ke tapak perkemahan. Jauh jugak nak sampai dekat tapak perkhemahan, kena jalan lagi! ingatkan sampai sini dah boleh naik bas p sana. hahaha...Dalam 20 minit jalan( ya kot, tak sempat tengok jam) sampailaa...sampai sana dah menghampiri ke waktu asar. Air pun dah habis, so kena turun bukit cari air. Turun bukit lagi?? Ok, sebab dahaga sangat, turunlah kami mencari seteguk air. Jalan punya jalan, eh? tak sampai2 lagi..kaki dah ketar2..penat dowh! Lama jalan baruah nampak air. Wah! jaoooohhhnya dengan tapak perkhemahan. Macam mana nak mendaki balik?? Penattt!!...

      Ok, kita cari air dulu! Pastu dapat air, perrrggghhh!! sejuk giler! Air dia air paling best yang pernah saya rasa selama ni. Tak tipu! Dah kenyang, tetiba rasa sedih. Nak nangis pon ada! Terfikir, macam mana nak naik??Peha dah kejang, kaki dan sengal, terketar2 lagi. Bertahan..tahan..sampi jugak kat atas! pheeww!

      Orang lain dah pasang khemah!Kami je belom..waaaa!!!Lepas tu kami pon pasanglah khemah dengan jayanya. Dengan baju dan seluar yang basah (sebab tadi berendam dalam air plus mandi skali), kami pasang khemah tu. Tempat yang tanah rata sume dah kena kebas orang. Tinggalkan kami tanah yang berbonjol dengan akar kayu. sadis sungguh! OK lah camtu, cari tempat nak solat, so solat dalam khemah. tertunduk-tunduk jadinya. Pastu try baring-baring sambil cuba lelapkan mata, tapi letak belakang sakit! Yelah, baring atas akar kayu kottt~ huhuhu...

Rasa dah tak boleh tahan, malamnya berangkut khemah kami ke tengah sikit. Tanah yang kami beralih nie, macam menurun sikit, macam cerun. Lantaklah, asalkan (Cerita bersambung di lain waktu...)

Finally, pokok juga nak berselfie.. 
Lambai tangan semua!! kamu semua adalah saksi bahawa aku pernah berada di puncak ini!
Puas!
*Psssttt...ada orang tanya, lepas nie nak naik lagi ke? 
  -Errrmm...Well' see. (niat dalam hati, cukuplah sekali! )kikiki...
Laik kali TIDAK LAGI!

No comments:

Post a Comment