Secara realitinya
saya bukanlah seorang peminat/penonton tegar telivisyen(TV). Lepas tu terbuka (bila bosan/
tak tersengaja) saluran TV 391 Astro. Bukan ke tu channel Korea kan?.
Ada tunjuk
rancangan reality TV yang di bintangi oleh artis-artis Korea yang mempunyai
anak. Rancangan tersebut adalah THE RETURN OF SUPERMAN, yang memaparkan kisah
seorang bapa yang bertungkus lumus menjaga anak-anak mereka terutamanya semasa
cuti hujung minggu. Tanpa bantuan isteri, mereka menjaga anak-anak masing-masing
dengan cara mereka tersendiri. So, pelbagai gelagatlah yang dapat dilihat
sepanjang siaran rancangan tu berlangsung.
Yang paling menarik
adalah melihat gelagat si kembar tiga yang banyak ragam dan comel-comel
semuanya! Deahan Minguk Manse! Siapa tak pernah tengok? Sedih bangat sih!
Google cepat-cepat tengok dia orang. Rugi sangat-sangat, hehehe. Dia orang ni
anak artis korea, bapanya seorang pelakon, Song Il kook kalau tak salah
namanya. Sebelum tengok cerita The Return Of Superman, memang selalu tengok
cerita yang dilakonkan oleh Song Il Kook, Cuma bila tengok cerita tu, baru
perasan tu adalah Song Il Kook.
Oke, bercerita
pasal anak-anak mereka yang sangat kiut tuu, start dengan yang paling sulung, Song
Deahan. Deahan nie pada mula-mula reality show nie dibuat dia pendiam je.
Sangat tak banyak cakap. Pastu, dia lebih bersikap keabang-abangan. Mungkin la
sebab mak bapak diaorang dah asuh macam tu kan. “You are a brother, so you must
be more responsibility to your little brother”. Lebih kurang macam tu la
agaknya, walaupun umur mereka sebaya. Kembar kan!hihihi…
Song Deahan
Anak yang kedua, Song Minguk.
Antara tiga beradik nie, Minguk paling ceria, paling kiut dan paling suka
menyanyi. Kerja dia menyanyi je kalau hati dia sedang gumbira. Time makan, masa
main, masa dalam kereta, masa jalan dan lain-lain. Pastu suka kenyit-kenyit
mata, hahaha…memang sangat-sangat comel!
Song Minguk, Cutes overload!
Dan yang ketiga
adalah Song Manse. Manse paling free spirit, hahaha. Dia ikut suka je nak buat apa. Dia juga suka menyanyi. Kalau Minguk menyanyi,
diaorang akan sama-sama menyanyi. Hahaha. Sangat-sangat comel!
Song Manse, Si Free Spirit
Oke, jangan lupa menonton ya!
kalau tak sempat nak tengok kat TV, download je...hihihi
No comments:
Post a Comment