Sunday, 17 May 2015

Felt Product

Assalamualaikum...

Masa yang dirasakan kian pantas berlalu, sehingga saya tidak sedar sudah lama (agaknya) saya meninggalkan belog ini. Timbul-timbul pula, jarang-jarang sangat. Kalau ada kejadian yang mengingatkan saya akan belog ini, barula saya mula rajin menekan keyboard ini. Kalau tak, sepanjang hari berlalu tanpa ada kerja yang bermanfaat. Sadis!

Oke, selesai mukadimah!
Enter!
Dah boleh merujuk pada tajuk. Felt Product merujuk kepada hasil-hasil kraf yang dapat dibuat dengan menggunakan Kain Felt. Kalau si pencinta Produk Felt, dia orang akan tahu apa itu Kain Felt. Cukup stress kalau semasa kita terangkan tentang kain Felt tu, ada pulak yang buat-buat muka penuh tanda tanya, "Apa itu Kain Felt?" "Kain Felt tu macam mana?" dan ada yang lagi lawak, dia tanya " kain felt tu, kain orang buat baju ek?". 
Errrrr...buat baju?? hahaha...oke, nak buat baju pom boleh, tapi baju untuk anak patung je.kikiki...dan kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut apa itu Kain Felt, google je senang. Dunia kini kan di hujung jari, nak tahu apa-apa tekan je, hehehe...silakan..


Nie contoh Kain Felt. Sebenarnya, Kain Felt ada dalam pelbagai tekstur, contohnya ada yang lembut, yang keras, yang nipis, yang tebal dan lain-lain. 
*Kalau saya pergi beli kain felt, komfem jadi rambang mata! Semua colour saya nak!!

Apa yang boleh dibuat  dengan menggunakan Kain Felt ini? 

1. Bunga Telur
Dah jadi minat utama saya buat bunga telur dengan menggunakan Kain Felt. Kalau guna Kain Felt untuk buat bunga telur, rasa macam gebu samacam je. Rasa macam eksklusif je, rasa macam mahal je, rasa macam best nak pegang dan rasa macam-macam.kikiki...
Untuk bunga telur, ia tidak terhad kepada 1 jenis bentuk bunga sahaja. Kalau kreatif, anda boleh bentuk macam-macam bunga mengikut kesesuaian dan daya inovasi yang anda miliki. Hahaha...agak-agak faham jelas tak..kikiki

Ini contoh satu jenis bunga yang dicantum menjadi 1 kelopak bunga. Anggaran besar Bunga Telur ini adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Sebesar penumbuk saya! hahaha...

2. Bunga Tangan
Projek yang selalu saya buat. Selalunya semasa sahabat-sahabat saya berkahwin. Dia orang request, saya buat. Untuk sahabat, no hal punya! hehehe...Untuk bunga tangan, sama je dengan bunga telur, cuma caranya sahaja yang berbeze. Buat bunga tangan lagi senang berbanding bunga telur. Sebab? Bunga tangan cepat siap, dan bunga telur lambat siap. hahaha...boleh terima tak alasan tu? Boleh je...dan contoh bunga yang saya buat seperti di bawah...


Ini contoh 1 jenis bunga, dan hasilnya...


Inilah hasilnya...

3. Doorgift
Doorgift sebagai cenderahati perkahwinan. Sekarang ramai yang semakin kreatif, dan macam-macam bentuk doorgift yang dicipta. Sesuai dengan peredaran masa, dan pemikiran manusia kan, hihihi...Yang nie bukan saya buat, orang lain yang buat. Saya pinjam gambar je, hehehe...




Macam-macam dapat buat guna Kain Felt kan...
Teruja saya! hahaha...

4. Keychain
5. Kasut Baby
6. Dan sebagainya...(banyak lagi!)

Tunjuk gambar je lah ye...



Ok dah! 

                Macam-macam boleh dibuat sebagai produk dengan menggunakan Kain Felt. Sapa yang tengok tak teruja nak buat, memang dia tak ada nilai seni dalam dirinya,hahaha...
              Saya peminat seni, peminat felt dan peminat barangan kraf yang berunsurkan seni. 
     Dan boleh dikatakan, seni dan diri ini sudah sebati, echecece....
       Sesiapa yang malas nak buat, boleh tempah dengan saya! Oke!
                                                 Insya'Allah i can do it!


No comments:

Post a Comment