SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
Berdasarkan daripada sinopsis tersebut, plot cerita nie ada kesinambungan atau persamaan/seakan sama dengan drama thailand, Love chain. Cerita ini dah lama, tapi ceritanya insya'Allah masin terpahat di ingatan. Sebab cerita nie best, memang sangat-sangat layan lah cerita ni.
Kenapa saya cakap seakan sama?
- Dalam cerita Love Chain, si perempuan juga mencari suami sementara. Dan ibu si lelaki mencari isteri sementara untuk si anak untuk mendapatkan cucu. Bezanya mereka tidak berkahwin. Al maklumlah, kalau mereka tak kahwin pun tak jadi hal, hehehe...
- Cerita ni jugak, Si ibu kepada watak lelaki tersebut yang memainkan peranan. Dia tak mahu anaknya terikat dengan perkahwinan, jadi senang cerita dia carikan seorang perempuan yang boleh 'buat' cucu untuknya. So, dia buat lah kontrak, kontrak untuk mendapatkan cucu. Cucu tersebut adalah warisan keturunan keluarganya. Maknanya, lepas anak tu lahir, ibu kepada anak itu dah tak berguna. Macam ' habis madu sepah dibuang' la. Ek? hahaha...
- Jadi agak samalah dengan cerita Dia...isteri Luar biasa tuh. Dia mencari 'suami sementara'. Kahwin untuk mengandung je, dah dapat anak nanti dia blah. Kesian dekat suami awak tao!
- Konflik Dia...isteri Luar biasa, saya dapat agak la lepas ni, (sebab ceritanya tengah berlangsung sekarang) dia kahwin dan bila dah dapat anak, berbelah bagi pulak dengan tujuan asal dengan rasa cinta. Pastu bila dah saling cinta, masing-masing sayang nak lepas. Lepas tu bersama selamanya la..hahaha...heppi ending. kan~ hahaha
- Dan cerita Love Chain pulak, konflik terjadi bila mereka tak sangka terjatuh cinta antara satu sama lain. Dan dalam ketakterjangkaan itu, dapat anak. Bila dapat anak, Si ibu lelaki tu berebut dengan mak si baby tu nak dapatkan hak penjagaan anak. Si ibu lelaki itu bermatian la nak kan cucunya. Si mak baby tu pulak, nak anaknya sebab dia dah ubah fikiran nak batalkan perjanjian 'buat anak' tersebut. Plus plus bnyak konflik lagi yang pengarah dia decorate. hahaha...
Kadang-kadang ayat saya tak menggambarkan kesamaan plot antara kedua-dua cerita tersebut.
Bahasa saya hancur, tetapi tetap nak berbelog!
Saya tak kesah~ hahaha...
maaf lah ye! hehehe...
Selamat menonton lah ya,
Saya jarang layan TV. hihihi
No comments:
Post a Comment