Projek hujung minggu dah siap. Hujung minggu cuti dua hari je, tapi kalau tak ada aktiviti nak buat, mesti rasa bosan ya amat. Rasa macam rugi je cuti dua hari. Rasa macam nak kerja 7 hari seminggu. Gitu ek? iya lah sangatttt...hahaha
Baru-baru nie, timbul hobi baru, iaitu crochet. Rasa macam puas sangat sangat sangat dapat crochet. Tapi kalau time kita syok nak mengait tu, mesti ada masalah. Adalah masa tu benang tak cukup la, warna tak matching la, hook tak ada saiz la, dan macam-macam lagi. Semua itu merencatkan kesungguhan saya nak crochet.Argghhhh!!!
Projek hujung minggu kali nie saya crochet atau dalam bahasa melayu nya disebut sebagai mengait.
Oke, tu dia sarung botol air. First handmade untuk sarung botol.
Asalnya saya buat tapak bulatan di bawah tu, ingat nak buat topi. Tapi, makin besar dikait, makin susah nak menjadikan ia besar dan bulat menghampar. Jadinya bulat jugak, besar jugak, tapi membesar ke atas. Dah jadi macam tu, terpaksa kensel nak buat topi, jadinya sarung botol la. Tuu haa..
Ok lah...dah tak jadi topi pon tak apa. Sekurang-kurangnya ada sarung botol pengganti topi, hahaha...
Dan yang paling best lagi, kalau ada yang nak sedekahkan benang? sedekahkan? sadis sangat bunyinya...
Okelah, saya tukar ayat, bestnya kalau ada yang bagi benang sempena birthday kita. Sangat best kan...
Kalau ada benang banyak macam nie, jom kita buat projek lain pulak minggu depan.
No comments:
Post a Comment