Sunday, 10 May 2015

Aku sayang Ibu



Semalam yang duka
Aku tinggalkan dia dalam panas merenik
Nampak betapa wajah itu dimamah usia
Baru aku sedar!
Badannya yang jarang sekali aku pegang, aku urut
Rupanya semakin kendur kulit-kulit itu
Tersentak aku, sungguh aku tersentak!
Dalam diam hari aku menangis
Di luar dia nampak tabah
Dalamnya siapa yang tahu
Wajah yang semakin tua itu
Yang menjadi penawar kesakitan aku
Kerinduan aku
Tapi hati ini terasa sadis bilamana dia sakit
Penawarnya aku buntu
Aku buntu
Semalam yang sadis
Terpaksa kami tinggalkan dia
Bersama wajah tua lain yang diharap boleh menjaganya
Mereka sama-sama meniti usia tua
Apalah nasib
Anak-anakmu tidak kekal di teratak usangmu
Pergi mencari keperluan dunia yang sementara
Tabahlah duhai bonda
Tabahlah!
Sesungguhnya sudah lama aku menunggu masa pulang
Sentiasa aku ternanti-nanti saat bersamamu
Tetapi karenah dunia menghalang perkara itu terjadi
Adakah aku yang salah?
Adakah aku yang tidak benar?
Tabahlah duhai bonda
Sedikit masa pasti aku akan pulang menetap di sana
Menemani hari-hari tuamu
Sesungguhnya di sini bukan duniaku
Jauhkanlah takdir aku dari terus di sini Ya Tuhan!
Aku mahu pulang!
Aku mahu pulang!





Saya sayang mak ketat-ketat!

No comments:

Post a Comment