Monday, 22 June 2015

Pantun saem2 malaya

Assalamualaikum, cerita dah nak bermula,
Semua dah siap, dah sedia ya??
Duduk bersila, bacalah blog saya,
Semoga ceria, terhiburlah hendaknya.
Nurul Amira cantik orangnya,
Berkaca mata segak bergaya,
Orangnya rajin boleh dipercaya,
Kalau nak buat menantu x nyesal punya!
Sekilas pandang macam model,
Tidak rendah dan tidak juga kerdil,
Hasharida Bie nama dipanggil,
Suka termenung mata terkebil-kebil.
Dalam fesbuk dikenali Haina Ain,
Di luar fesbuk namanya dah lain,
Dikata seiras Ayu Raudah isterinya Zaquan,
Alahai...sukanya bukanlah main!
Membawa NIKON DSLR ke sana ke mari,
Mengambil gambar bermacam-macam posisi,
Rabiatul Adawiyah jurukamera digemari kami,
Terima kasihlah sudi ambik gambar kami!



Bab memasak serah padanya,
Sebut nak makan apa, pasti dibuatnya,
Wan Nor Asiah x pakar masakan Cina,
Kalau nak makan, tempah yang lain lah ya!
Dialek Terengganu menjadi pertuturan,
Pekatnya ‘sangat’, lucu dirasakan,
‘Berat nanang’ dikatakan kepada rakan-rakan,
Nur Fathiah wat derk je lama kelamaan.
Nama TerWahida dua gabungan,
Orangnya kecik memang kuat makan,
Bila ketawa tertahan-tahan,
Muslimah sejati nama diberikan.
Hasila Hassan orangnya ceria,
Membuat lawak memang kreatif orangnya,
Masuk maharaja lawak x layaklah dia,
Kalau maharani lawak, boleh jaa...
Hasanah Rani kurus dan lansing,
Comey molep lelaki dok kerling-kerling,
Awas ya buaya-buaya mata juling,
Silap-silap haribulan botol kaca dibaling.
Tuturnya pekat loghat Kedah utara,
Mengingatkan saya pada MatLuthfi si ceria,
Siti hajar mak dia beri nama,
Selalu tersenyum tanda bersedekah buat pahala.

Nadia Ebi nama gelarannya,
Naik eroplane datang dari Sarawak sana,
Selalu x faham loghat Kelate saya,
Tapi berlagak macam faham senyap sahaja.
ChikMa Mashiitaa comelnya nama,
Selalu perasan itu je kerjanya,
Ketawa dan nyanyi memang hobi saya,
Bukan apa, nak hilangkan stress kata saya.
Cukuplah sampai di sini lain kali cerita lagi,
Minta maaf pada semua saudari,
Jika pantun saya terkeluar dari landasan keretapi,
Berpantun- pantun bukanlah kepakaran saya,
Sekadar nak suka-suka bolehlah direka,
Kalau masuk pertandingan kompemlah merana!
So, i surender ampun saja ya!
Moga-moga anda semua terhibur yaa!!!

No comments:

Post a Comment