Assalamualaikum...
Emmm...(tiap kali mahu memulakan ayat, pasti aku rasa sangat sukar...)
HIKMAH~
Setiap kejadian yang berlaku/terjadi di dunia hari ini, kepada aku, kau, mereka, kamu dan sekaliannya pasti mengandung hikmah. Sedang aku meneroka blog-blog mereka, aku terjumpa satu gambar yang menarik perhatian aku pastinya. nak tahu gambar apa? Gambar ini juga berkaitan dengan tajuk yang ingin aku ulas pada petang yang hening ini.
Setiap kejadian yang berlaku/terjadi di dunia hari ini, kepada aku, kau, mereka, kamu dan sekaliannya pasti mengandung hikmah. Sedang aku meneroka blog-blog mereka, aku terjumpa satu gambar yang menarik perhatian aku pastinya. nak tahu gambar apa? Gambar ini juga berkaitan dengan tajuk yang ingin aku ulas pada petang yang hening ini.
Comelkan budak ini?~(tak payah tanya pendapat korang, memang comel!..hehehe..) tapi siapa sangka kan budak berumur dua tahun ini sebenarnya buta. Allah maha besar!!!...Allah menciptakan umatnya sebaik-baik kejadian, tetapi perlu diingat, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya...kita sebagai umat harus menerimanya dengan redha kerana kejadian yang berlaku ini mungkin ada HIKMAH-Nya.
Budak ini mungkin dididik dengan agama lain selain islam......siapa tahu selepas ini dia akan memperolehi hidayah dari Allah....tiada yang mustahil di dunia ini...siapa juga tahu selepas ini budak ini mampu berfikir dan menyemai dalam dirinya akhlak-akhlak terpuji yang islam sarankan...di sebalik keadaan fizikalnya yang buta dapat memupuk ia menjadi seorang yang mempunyai akhlak-akhlak yang terpuji...tinggi sangat ke angan-angan aku?
sifat-sifat terpuji yang mungkin boleh dicapai dalam hikmah dia dalam keadaan buta, mungkin :~
1~MEMELIHARA PENGLIHATAN
Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mu’min supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (An-Nur: 30)
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula bersabda (antara lain, bermaksud):
“Pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis”
Baginda juga mengingatkan (antara lain, bermaksud):
“Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.”(Hadith Riwayat At Tabrani)
~di sini budak itu sudah selamat dari pandangan mata yang melalaikan. jadi, tidaklah ia menjurus ke arah maksiat.
2~MEMELIHARA LIDAH
Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yng tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”
Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain):
“Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” ( Hadith riwayat Al Tarmizi)
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda:
“Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadith riwayat At Tarmizi)
Sabda baginda lagi:
“Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
~apabila pandangan matanya sudah dibutakan, mungkin lidah juga dapat dikawal. kegelapan dapat merangsang kita berfikir dengan lebih baik dan tenang akan baik buruk ayat-ayat yang terbit dari lidah. InsyaAllah!!
3~ BERSIFAT LEMAH LEMBUT DAN SABAR
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan da’wah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan da’wah.
Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkan agar seorang da’i itu berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati.
~mungkin budak ini boleh menjadi lebih baik dari seorang muslim yang lain. siapa tahu~^.^
Jadi, kesimpulannya, setiap yang berlaku, terkandung hikmahnya...di sebalik fizikalnya yang buta mungkin dapat mendidik ia menjadi seorang yang BERSIFAT LEMAH LEMBUT DAN SABAR, MEMELIHARA LIDAH dan MEMELIHARA PENGLIHATAN....
* Banyak sumber yang saya dapat nie dari 'copy and paste'. Harap maklum..
Sekian... *Sekadar gambar hiasan.. Kalau dapat makan nie sedap jugak nie!kikiki...
* Banyak sumber yang saya dapat nie dari 'copy and paste'. Harap maklum..
Sekian... *Sekadar gambar hiasan.. Kalau dapat makan nie sedap jugak nie!kikiki...
No comments:
Post a Comment