Kesian tengok anak-anak yang didera, tak sanggup saya upload gambar kanak-kanak didera. Gambar ini sahaja yang mampu. Comel kan mereka...^_^
kanak-kanak ini berhak disayangi dan bukan didera!
Binatang sayang akan anaknya. Segelintir manusia malah sebaliknya. Sayang!
Perlu wujud keluarga bahagia dalam hidup.
Makin menjadi-jadi pula kes dera kini ya? Saya semakin tak faham apabila ada orang yang mendera anak rang lain, malahan darah daging mereka sendiri. Sayang seribu kali sayang. Kenapa perlu wujud manusia yang berkelakuan sedemikian rupa?
Terbaru ada satu kes di Besut Terengganu. Tengok sendiri lah lagi best, tahu ceritanya bagaimana...http://sozcyili.blogspot.com/2013/11/luahan-bekas-pekerja-taska-yang-dera.html.Tempat saya tu kot! Adayai, tidakku sangka manusia seperti itu wujud di negeriku ini. Budak itu didera dan meninggal dunia, manusia jenis apa itu?
Kalau difikir-fikirkan kita sebagai orang yang mampu berfikir, apa untungnya mendera atau berbuat jahat kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak orang lain. Jika mengikut hati nurani, kita tidak akan sanggup berbuat jahat kepada anak-anak, apatah lagi menderanya sehingga mati. Kejam! Sangat kejam!.
Sepatutnya kita kasih akan mereka. Anugerah Allah kepada kita, mengapa harus persiakan. Jika melibat kan kes penjagaan anak orang lain, sesungguhnya mereka telah diamanahkan dan dibayar gaji oleh ibubapa anak tersebut, seharusnya mereka harus berhati-hati dan lebih ikhlas menjaganya. Entahlah, fikran kita tidak akan sama dengan orang yang suka mendera itu. Mungkin dengan mendera adalah satu kepuasan kepada mereka. Ingat, Tuhan itu ada dan maha melihat.!
*Geram nak cekik manusia yg suka mendera ni!
No comments:
Post a Comment