- Cer tengok tajuk kat atas...hehehe..solat??
- Solat merupakan perkara yang wajib bagi semua umat islam..akulah tu!! dan anda-anda semua tidak terkecuali juga...sebut pasal solat nie..solat ape yang biase manusia tinggal??dan paling susah nak buat??emmm..berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku selama aku hidup di atas muka bumi nie lah kan...aku rasa solat subuh paling susah manusia sekalian alam nak kerjakannya...sebabnya? malas bangun tido..betul kan??kan??kan??..tapi kalau ikutkan..solat subuh tu leh yang paling sikit jumlahnya...berbanding dengan solat-solat wajib yang lain...
- Jujur aku cakap..kalau akulah, solat subuh aku x susah nak bangun...sebabnya, kalau dekat rumah mak aku akan kejutkan aku..selagi aku x bangun,..selagi tu lah aku digeraknya..and then, kalau dekat kolej pulak, jam ade..henset pom ade..romate juga ade...so x ade alasanlah aku harus tinggalkan solat subuh..kan..kan..kan..??tapi ada juga yang terbabas tu camne>??owhh...kategori terbabas tu, kalau kunci jam atau henset, tapi matikan balik...bajet2 nak bangun balik camtu r...tapi, cayelah! kompem kamu x akan bangun sehinggalah waktu solat sudah lepas atau matahari sudah tercacak kat atas kepala...tengoklah! nak tau sebab ape??setan itu main peranan yang besar tao!! dia hidup kat muuka bumi nie bukan sesaje nak main je...dia punya matlamat sama macam manusia juga...x dilahirkan d dunia ini untuk sesajer je...tu salah satu cara setan hasut manusia ke arah kemungkaran..terang lagi bersuluh.
- Tapi kan..sebenarnya solat subuh nie ada kelebihan tao! nak tau tak ape kelebihannya??? nie aku ade jumpe petikan nie semasa aku wat asement...cari punya cari, bukak punya bukak, aku jumpalah dengan petikan nie...kelebihannya pastilah akan menguntungkan kite manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini. insya'Allah!!!
Kelebihan Solat Subuh
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...pesanan untuk diri sy sendiri terutamanya!!!
:-nice picture..thanks kpd pemilik pic ini...!!
No comments:
Post a Comment