Monday, 22 June 2015

Sakit VS Sihat

Assalamualaikum...

       Hari ini penulisan saya sedikit ke arah formal. Saya ingin mencuba menggunakan bahasa-bahasa yang telah diajarkan di sekolah sejak saya sekolah darjah satu sehinggalah ke universiti kini. Tapi, saya bukan seorang yang bijak dalam berkata-kata. Mengarang bukanlah kepakaran saya, tetapi saya suka menulis/menaip. Dan apabila saya menulis/menaip sukar untuk berhenti. (berhenti apabila penat sahaja!, ‘tengok saja “intro” ini, panjang sangat, belum masuk isinya lagi*~panjang ke~?). Jikalau diberi sebuah cerita kepada saya untuk saya sampaikan semula kepada “audiens”, alamak! hancurlah ceritanya. Tengok saja jika tidak percaya. Hi..hi..hi..

       Sakit? Apa itu sakit?Sakit sebenarnya perasaan/rasa yang melibatkan deria manusia (ini adalah mengikut kepala otak saya sendiri, dan tidak mengalami isu Plagiat di sini. Kalau salah, salahlah ia dan kalau betul, kita teruskan. Hi..hi..hi..) Perasaan sakit itu sebenarnya amat menyakitkan.(berbelitkah ayat ini?) Pasti kita semua dapat bayangkan bagaimana berkeadaan “not well”, memang sangat memeritkan dan ketidakselesaan. Sedang kita dalam keadaan sihat, mungkin kita tidak menghargai kesihatan dan apabila ditimpa kesakitan, barulah kita sedar betapa nikmatnya berada dalam keadaan sihat. Semakin ditimpa kesakitan, semakin kita merasakan menuju ke saat-saat kematian. (aku jadi insaf tiba-tiba T.T )

        Sebenarnya, sakit adakalanya baik untuk memberi peluang kepada kita memotivasikan diri dalam segala aspek, contohnya melakukan perkara baik yang belum pernah kita lakukan.(ayat agak berbelit di sini, sebab ini ayat aku sendiri. Sekali lagi ditekankan tiada unsur plagiat ok!) ok, sambung balik.  Di sebalik kesakitan yang dirasai, bertujuan menguji keimanan sama ada mereka bersabar atau redha. Tetapi, hamba-hamba Allah bukan semuanya tabah menerima dugaan ini. Ada yang putus harapan, ada yang membentak-bentak dan ada juga yang meninggalkan segala suruhan Allah ketika sedang sakit seperti bersolat umpamanya. (Janganlah tinggal solat, selagi boleh buat, kita buat!kalau tingal-tingal, susah malaikat nak mencatit amalan kita! Jangan menyulitkan kerja malaikat!)

         Aku petik dari buku, menyatakan bahawa orang yang diuji oleh Allah dengan sesuatu penyakit walaupun melibatkan kesakitan yang sedikit, maka jika dia sabar dan redha, maka Allah menulis untuknya satukebajikan dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. (Kalaulah ramai yang baca buku ini, dan terjumpa ayat seperti di atas, adakah mereka akan redha atas kesakitan yang dialami? Kalau berkesan sepatutnya diletakkan di Hospital atau di Klinik kerana di situ ramai orang sakit. Tidak semua dari mereka redha akan kesakitan mereka kan?jadi letakkan sebesar-besarnya “font” di papan kenyataan di atasnya ditulis SILA BACA SAYA.DOT.DOT.DOT...)

         Tetapi, siapakah diantara kita yang berasa redha dan sabar dan boleh bertahan semasa menanggung kesakitan dan kesengsaraan, walaupun ganjaran besar telah menanti? Aku rasa mereka yang imannya tinggi sahaja mampu berbuat begitu. Tapi, kita sebagai manusia, sifat sabar dan redha itu perlu bagi kita yang beragama islam terutamanya~sebagai landasan memudahkan ke syurga. Insya’Allah!!!

1 comment:

  1. These Are the Best IRL-Ovo Drum Cushions For The
    These titanium 200 welder are the best IRL-Ovo Drum Cushions is titanium a metal For The I have a few new products with a great titanium 6al4v quality titanium rod in leg and sound quality. Rating: titanium properties 5 · ‎10 reviews · ‎$20.00 · ‎In stock

    ReplyDelete