Tuesday, 16 June 2015

Throwback 16 Februari 2014

Selamat malam!

Hari ini, 16 Februari 2014. Saya masih di kampong, dan masih
 belum berhasrat untuk berhijrah keluar dari kampong ini lagi.
 Sebenarnya saya gembira di kampong, tetapi tekanan untuk
 mendapatkan kerja sangat mendesak saya untuk melupakan hasrat
 untuk terus menetap di kampong. Kerja apa yang ada di kampong?.
 Lain lah kalau saya nie otak meniaga, di mana-mana pun saya
 boleh hidup. Insya’Allah!

~7 tahun saya belajar di sekolah rendah
       ~7 tahun di sekolah menengah
              ~3 tahun di university

Jujur saya cakap,  selama 17 tahun saya bergelar PELAJAR, adalah lebih baik berbanding bergelar seorang PEKERJA.

Seorang PELAJAR memang tak banyak masalah. Kalau ada
 masalah pun kebanyakannya berkaitan dengan hal-hal belajar.
 (Senang saya bercakap kan? Kikiki, kalau adik-adik tak percaya,
 tunggulah habis belajar nanti. Rasalah macam mana saya
 rasa. Stress sangat!). Masa tengah belajar, tak adalah terbeban nak
 fikir pasal kerja. Kepala serabut hanya pada hal-hal belajar seperti
 yang telah saya katakan sebelum ini.






Lain ceritanya pula seorang PEKERJA. Saya sekarang berada
 dalam fasa ini. Seorang graduan yang sedang bertatih melangkah 
ke ruang pekerjaan. Seringkali saya berfikir,” kalau saya tak nak
 kerja tak boleh ke”? 
Nanti akan timbul persoalan-persoalan seperti ini:-

            ~Dah tu buat apa belajar sampai university?

            ~Tak nak bantu ibubapa ke?

            ~Nak jadi apa kalau tak kerja?

            ~Dan lain-lain...

Kalau nak fikirkan balik, ada benarnya juga. Lepas belajar manusia 
memang dah dididik untuk kearah pekerjaan. Macam-macam mana
 sekalipun anda harus bekerja!. Ok.. saya boleh menerima
 ketetapan itu. Tapi masalahnya, peluang kerja sangat-sangat 
terhad. Itu dilemma yang dihadapi oleh graduan masa kini 
termasuklah diri ini.

Untuk manghadapi masalah ini, saya kini rembat sahaja apa-apa
 sahaja kerja yang ada di depan. Biarpun hakikat, kerja yang saya
 buat kini benar-benar menahan saya untuk terus bersabar. Semua
 yang saya lakukan hanyalah untuk menutup mulut-mulut ‘baik’ 
yang sedang bermain di sekitar saya. Sabaq naa!

Alhamdulillah saya kini bekerja. Cara berfikir pun haruslah seperti orang bekerja. Saya bersyukur kerana masih bernasib baik sangat-sangat jika dibandingkan dengan orang lain.



Still find a better job...huhuhu

No comments:

Post a Comment