Salam...hari ini seloka pasal seorang lelaki pulak...kisah ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang hidup juga yang telah meninggalkan dunia ini. Segala persamaan watak amatlah dikesali..
(echecece..ayat..hik3..x ley belah!!hehehe...)
silalah nikmatinya...senyum dulu ya!! ^.^
nie dia MAT JAIS PAPOLA...sape2 yg x kenan, bagi je kat saya..komfem saya terima..xixixixi...^.^
Kita teruskan dengan cerita seterusnya
Ini hanya cerita suka-suka sahaja
Cerita berkisar seorang teruna
Namanya MAT JAIS PAPOLA
Bermastautin pula di seberang utara
Berbekalkan pengalaman penuh didada
Dia mahu buka cerita
Buat semua saudari dan saudara
Untuk pengetahuan semua
Umurnya tidak veteran tetapi remaja
Tidak kacak hensem tu adalah juga
Tidak kira janda atau dara
Bila terpandangnya semua tak tidur lena
Dengan berbekalkan kehenseman yang ada
Dia mula cuba menggoda
Seorang anak gadis jadi mangsa
Kerja kilang di sebuah kota
Nak tahu, nama dia ISABELLA
Dia punya muka, amboi cukup lawa
Badannya solid macam biola
Tapi dia yang jadi mangsa
Poketnya dikikis tak tinggal sisa
At last dia ditinggalkan macam ungka
Dia langsung tidak putus asa
Dia cuba dan terus mencuba
Akhirnya dia kenal pula seorang janda
Si janda namanya MIRA EDORA
Potongannya bolehlah tahan walau agak tua
Dia memang tidak menduga
Buah jering sudah menjadi kacang kuda
Mira Edora yang dia puja
Rupanya sudah ada anak lima
Dia tidak tahan berbelanja
Slow2 dia tinggalkan Mira Edora
Setelah Mira Edora dia lupa
Dia jumpa pula si FIONA
Anak kacukan Melayu-China
Dia kenal Fiona di pantai Melaka
Cukup jelita, tetapi kuat mengata
Si Fiona ingat dia orang kaya
Pantang nampak kedai mula nak meminta
Fiona buat dia macam unta
Boleh ditunggang ke sini sana
Dia tinggalkan Fiona
Terus Fiona terpinga-pinga
Hahaha..padan muka si Fiona
Dalam diam dia mula kenal NINA KARINA
Hatinya mula berkata-kata
Mungkin dengan Karina dia akan berumahtangga
Rasanya dia dengan karina sudah cukup sejiwa
Dengan penuh harapan dia jumpa keluarganya
Setelah ditanya khabar berita
Angkatan meminang akan diutus segera
Tapi..ya habibi ya maulana
Karina punya hantaran buat dia tak tidur lena
Ada ke patut 10 ribu serba dua
Haiya matillah dia
Lalu, cintanya putus dengan karina
Membuatkan dia terus merana
Rasanya dia nak bembujang sampai ke tua
Tapi kalau tiada jodoh apakan daya
Umurnya baru 25 saja
Tak dapat yang manis lawa pon tak apa
Iras-iras NING BAIZURA ok laaa...
Kesimpulannya, boleh saya rumuskan, lelaki ni sebenarnya sangat hensemlah jugak..hihihi....tu sebab ramai yang terpikat padanya walaupun hanya seketika... nasib lelaki ini agak malang tapi masih dikira untung sebab dia masih muda...baru 25 beb!! so, apa nak kisah kalau lelaki 25 x kahwin lagi..biasalah tu...yang penting, kukuhkan kewangan dulu..pastu baru cari anak-anak gadis untuk didirikan rumah tangga....nie kalau dah ada calon, duit tak ada, x dapat jugak nak kahwin...
eh..eh..apa saya melalut nie???opsss..sori..terlajak..terlajak..hehehe..
Saya sudahi dengan wassalam..^.^
Pssttt...mat jais papola yg kat atas tu hensem sangat kan??x sesuai dengan watak yg saya berikan...xixixi..sory! =.='
No comments:
Post a Comment