Wednesday, 20 May 2015

New Born

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi saya dah dapat berita gembira. Saya dapat anak saudara baru! Yeppii! hahaha...nampak tak terlebih excited. Kali nie baby girl. Alhamdulillah, dah dapat sepasang. 


Yang sebenarnya, saya tidak kisah ia lelaki mahupun perempuan, tetapi cukup asalkan dia sihat sejahtera. Senang hati Ibu & Abi dan juga mak sedharenya ini, hahaha..

Kakak saya bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Ada masalah yang menyebabkan perlu bersalin lebih awal. Mulanya agak risau, tapi alhamdulillah segalanya ok. 

Oke, dah cakap pasal kelahiran nie, tiba-tiba teringat akan ritual/amalan (ritualkah?) yang dilakukan oleh orang melayu khususnya, iaitu mentahnik. Kalau orang kelantan sebut adalah 'Belah Mulut'. Sejujurnya saya juga kurang pasti mengenai amalan ini. Kalau orang dulu-dulu sangat mementingkan amalan ini. Saya tengok mak saya buat untuk cucunya. Laju je pi cari kurma. Pastu pi letak dekat mulut baby yang baru lahir tu. Heran kejap! hehehe...

Tahnik bermaksud menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi. Imam al-Nawawiy r.a berkata : Para sarjana bahasa menyatakan tahnik adalah mengunyah kurma dan seumpanya kemudian menggosokkannya ke langit-langit mulut bayi. Ibnu Hajar al- Asqalaniy menyatakan tujuan tahnik ialah agar bayi terlebih dahulu mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan.

Bertahnik :
  • Disunatkan kepada yang memperoleh kelahiran agar membawa bayi kepada orang yang soleh atao orang alim untik ditahnik.
  • Sunnah tahnik menggunakan buah kurma dan kalau tak ada kurma adalah lebih baik menggunakan sesuatu yang manis seperti madu.
  • Orang yang melakukan tahnik itu akan berdoa untuk kesejahteraan bayi yang ditahnik itu.
  • Waktu bertahnik adalah pada petang kelahirannya atau perlu disegerakan  pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguh sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat melayu di sini.
  • Dan ada yang bertahnik menggunakan air zam-zam. 

          Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/2013/11/menyambut-kelahiran-bayi-dengan-sunnah.html
          Keterangan lanjut boleh rujuk blog tu, sebab saya juga belajar dari blog itu,
          Terima kasih daun keladi.


Anak adalah amanah dari Allah SWT. Kadang-kadang saya  berfikir dan jadi heran, kenapa ada segelintir manusia yang sanggup buang anaknya dan menyeksa mereka. Tidak sayang kah? Tidak ada perasaan keibuan kah? Tidak ada rasa kemanusiaan kah?
 Apa, dah nak jadi setan kah?

* Saya geram dengan manusia-manusia sebegitu. Terbaru ada kes bayi dikerat-kerat. Walaupun tak tahu siapa pelakunya, tapi memang orang tu bukan manusia! Memang jelas-jelas bukan manusia! 
* Kalau sesiapa tak nak anak, meh bagi saya, biar saya jaga!
Saya suka budak. 
Sangat!!!

No comments:

Post a Comment