Idea datang! Idea datang! Cepat-cepat! Owh Hati Perempuan...
Adaptasi daripada sebuah novel, karya Nur AinAl-Abbas. Memang betul-betul novel, sebab tu lah jalan ceritanya macam dalam novel. Pening dengan ayatku ini? hahaha. Maksud saya cerita nie macam sebijik cerita dalam novel dan tak seperti kehidupan sebenar.Dahtu memang lah, sebab nie adaptasi daripada novel, bukan kehidupan sebenar. Tapi...tapi...
Sejujurnya ini bukanlah sebuah cerita kesukaan saya. Saya tak minat. Tapi ramai je orang lain minat, kawan-kawan awak peminat no.1 tahu !~
Tahu~
Dah tu?
Sebab apa saya tak minat cerita nie?
- First, sebab cerita nie disiarkan waktu maghrib. (Bunyi macam lain macam lah pula kan. Sebenarnya, waktu maghrib saya jarang tengok tv, kalau kat kampung, memang sah-sah la kena marah tengok tv time tu. Jadi bila di rumah sendiri jadi sudah terbiasa TAK TENGOK TV. Tp, kalau ayah tak ada, tengok juga.hahaha...)
- Pastuh, jalan ceritanya tak best. Sangat tak best! Ayahanda, bonda, tengku..bla..bla..bla..not my taste! hahaha...pastu, kejab baik, kejap tak...Baik dalam seminit, gaduh pulak memanjang lepas tu baik semula. Macam mana saya tahu? sebab saya selalu tengok kawan-kawan saya duk membebel pasal diaorang tu (Tengku Zaril & Yuhanis eh?).
- Lepas tu, jarang sangat saya follow cerita melayu. Saya tak suka sangat drama melayu. Tapi kalau Movie melayu, oke lah juga. Sebab? Saya tak suka tunggu/ menantikan episod-episod seterusnya. Kalau tak dapat tengok, sangat frust kan. So, baik jangan tengok terus. Tapi kalau yang dah download oke lah juga. Sapa nak tolong download untuk saya?? hahaha...
- Pelakonnya oke? Oke je bagi saya. Nak kata minat tu tak. Nak kata tak minat pun tak. Macam mana nak terangkan ya? Kalau tengok ok, tak tengok pon ok. hahaha..ayat apakan itu? sangat-sangat hancus!
Empat sebab je cukup tak? hahaha...cukuplah. Tak perlu banyak sebab untuk tidak meminati sesuatu perkara itu. cukup kita je tahu yang selebihnya sudaaa..kan..kan..kan...
Pendapat masing-masing. Sapa kesah kita nak judge apa, nak cakap apa. Kan~
dan, malam nie malam jumaat. Tengku Zaril dengan Yuhanis tak ade tau! Yeppi! hahaha... Jangan Marah noo..kikiki
Last, babai...Selamat Menonton Hati Perempuan bagi yang meminati cerita tersebut. Maaf kalau terkasaQ bahasa, tersalah tulis.
No comments:
Post a Comment