Assalamualaikum..
Cerita berkisar Sahabat yang semakin lama semakin pupus zaman bujangnya,
Masing-masing berkahwin kerana telah tiba masanya,
Dah sampai jodoh bak kata mereka,
Akhirnya, tinggal saja yang masih tegar memegang statusnya,
Seperti saya, dan lain-lain juga,
Biarlah mereka, saya bukan mahu berlumba-lumba,
Dan saya tak kata yang berkahwin tu mahu berlumba-lumba,
Jangan salah faham yaa,
Siapa yang tak mahu kahwin muda,
Tapi bak kata saya, status saya masih belum sampai tamat tempohnya,
Sikit pun tak terasa nak terasa nak buang status bujang saya,
Jadi, sementara masih bujang, jangan sia-siakan peluang yang ada,
Buatlah apa-apa yang kita tak dapat buat selepas berumahtangga,
Tak adalah nanti rasa kempunan saja,
Tuhan tahu mana ajal, maut, rezeki dan jodoh kita,
Jadi, ikut jalan mudah berdasarkan takdir yang maha esa,
Jangan pula menolak fitrahnya,
Tak mahu ikut sunnah Nabi, tak payah jadi umat-Nya
Saya ucapkan tahniah pada mereka yang sudah berumahtangga
Insya'Allah persahabatan kita kekal selama-lamanya,
Ku doakan semoga mereka bahagia ke akhirnya, sampai syurga,
walaupun ada jurang antara kita,
Kenangan itu akan mendekatkan kita semula...
*Malam nie rasa nak cakap macam nie saja. Teringat pada kawan2 yang sudah berkahwin, dan mengenang diri sendiri yang masih kuat memegang status 'Bujang'. Bertahanlan! (Sebab saya tak mahu kahwin lagi, Belum sampai jodoh..kikiki)
*layan gambar kawan kami yang kawen tu lagi best!..Zoomm!!!
Sempat buat bunga tangan untuk sahabat. Juga bantal MR & MRS. Sape nak boleh request, saya buat! hehehe,...
DIY pelamin jugee...amacam, lawa tak?
Nie je yang tinggal...kikiki
Dan juga Bubble Talk...
Ini sahaja untuk malam ini. Tidurlah! esok kerja...
Macam tak cukup cuti sehari, Nak cuti lebih~huhuhu...
Bertahanlan untuk sebulan yang mendatang ini.
Gambate neh!
No comments:
Post a Comment