Assalamualaikum...
Inai lukis di tangan dan kaki, dah jadi trend pada zaman kini kan. Boleh ke tak bolah? Saya juga tidak tahu. Yang saya tahu adalah dengan mencari jawapan dengan meneroka ke blog-blog orang lain . Betul atau tidak, itu saya tidak pasti . Di bawah saya memilih pendapat yang diutarakan secara rawak. Sebenarnya banyak lagi pendapat yang lain. Terserah kita untuk menilainya.
Memetik dari blog http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/11/13/hukum_-inai-lukis/
“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN /HENNA”
Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini,
kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk
memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di
tangan ala-ala tatu..masyaAllah
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: ” Bahawasanya Rasulullah s.a.w
mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta
rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk
pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih
Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak
tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu’alam…
Contoh gambar jari yang dilukis inai. (Sumber gambar dipetik
daripada G.I Photoshoot) .Kredit untuk gambar ini. Gambar yang
sangat cantik. Abaikan sekejap inai itu, nilai gambarnya dulu. I
love G.I Photoshoot!
Jauh di sudut hati----comeynya kalau lukis macam nie. tapi,..
Kalau nak lukis jugak kena berdasarkan pada niat ke?
Sesungguhnya hamba insan yang lemah!
Thanks G.I Photoshoot! Pinjam Gambar Sat na...hehehe..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment