Assalamualaikum...
Macam dah lama kesepian. Apa yang kesepian? Blog nie la... kikiki...
Nie dah masuk bulan mei 2015. Rasa macam masa cepat sangat sangat berlalu, dan sepanjang menghitung masuknya bulan baru, banyak benda yang harus saya tempuh dan hadap selepas nie. Rasa macam, mampukah aku nak hadap untuk sesetengah masalah yang mendatang. Pasal kerja lagi, sampai bila aku harus begini, begitu bla..bla..bla..rasa macam tak ada kesudahan. Susah jugak macam nie kan. Apa yang aku nak sampaikan, hanya aku saja yang tahu, dan hanya aku je rasa apa terpendam di dalam sanubari ini. Adoyai, ayat bermadah! Pleaseeee stop it!
Ok laa... jom bercerita pasal 2, 3 minggu terkebelakang yang telah aku hadap sebelum nie. Macam-macam rasa aku dapat. hihihi...biasalah tu, dah namanya hidoop! Aloyai...
Benda yang paling best aku buat adalah, buat bunga telur, dan seumpama keperluaan lain yang diperlukan bagi untuk sesebuah majlis perkahwinan. Haaaa...ada rasa pelik tak baca ayat nie? Ada rasa nak sepak tak bila baca ayat yang tatabahasa kicar kacir nie.? hahaha...Emmm, biasalah tu. Bukan mudah nak berbahasa dengan betul dalam nie. Sebab kita rasa blog ini kita yang punya, jadi lantak ko lah jah! ..hihihi
Dah melalut panjang nie, just tengok the making of bunga telur yang saya buat je la eh! joom!
Nie masa sahabat saya baru-baru nie nak kahwin. Dia request, saya buat. Harga macam mana? Harga saya letak harga kawan-kawan sebab semua barang dia beli, saya cuma tolong buat. Dan dibantu oleh si pengantin baru dan juga kawan-kawan yang lain. Kalau sape nak, boleh request pastu kita deal harga, saya proceed. Insya'Allah!
Gambar nie, masa mula-mula buat bunga telur.
Rasa macam kalau tak sepahkan semua barang, memang tak sah!
So, yang terbaik, sepahkan dulu, simpan kemudian!
Itu cara saya buat kerja.
Dah siap cantumkannya.
Tunggu nak pasang lidi pastu tambah riben. pastu kasi mekap sikit, siap la...Bukan susah pon. Bunga Telur kain Felt nie untuk atas pulut. Jadi kalau atas pulut, tak lah banyak sangat, dalam 15 kuntum camtu. Jadi, bagi yang berminat boleh DIY.
Baik buat sendiri, lebih puas hati lebih TERBAIK! hehehe...(tapi kalau ada yang request nak suruh saya buat boleh juga, hehehe...)
Nie yang belum siap lagi, yang dah siap tak boleh la tunjuk lagi sebelum majlis. Nanti basi. Kikiki...
Tunggu lepas majlis, sy akan update lagi pasal bunga telor nie.
Insya'Allah!
Ini pulak untuk hiasan hantaran.
Temanya warna pink + Coklat(soft). Dalam gambar macam nampak menarik le pulak...hihihi
(sebenarnya memang menarik,hehehe...
*Diaorang kata, saya tak kata.hahaha)
No comments:
Post a Comment