Monday, 25 May 2015

Blog Craft yang Paling Owesome!

Assalamualaikum...

Baru menampakkan muka. Jarang-jarang sekali tonjolkan diri, sebab kekurangan idea di samping kita kerja dengan kerajaan, harus amanah beb! hahaha.... Kerja kita duduk di ofis, jadi terikat pada kerja. Kalau tak ada kerja, barulah saya rajin meninjau-ninjau belog ini. Kalau tak, memang berhabuk jadinya. Nak masuk, kena lap, sapu siket-siket dulu, hahaha... 

Dalam menghadap kebosanan kerja di ofis nie, sempat juga saya meninjau blog-blog kraf  yang bersepah-sepah kat internet skang nie. Makin lama dunia berkembang ke arah pemodenan, makin maju manusia. Mungkin sel-sel otak manusia semakin rancak berhubung. Manusia makin kreatif, inovatif dan sangat-sangat maju ke hadapan. Dan antara yang paling best yang saya selalu selongkar belognya ialah, seperti di bawah : 

 Sekocinorlie
Nie blog first saya selongkar selepas saya mula minat dengan craft sangat-sangat. Saya sempat PM owner blog nie, cakap " sis, ada kerja kosong tak, nak amik saya kerja dengan sis tak?" hahaha. Dan yang paling best dia balas, "Pelan-pelan kayuh dik". Insya'Allah, saya kayuh pelan-pelan, saya dengar nasihat akak, hehehe...selama minatku masih menebal, selama hayatku masih ada. (dah masuk ayat melalut. hahaha)

 SUSndfeltproduct
Actually jumpa blog nie dalam facebook. Pastu sebab empunya blog nie dekat dengan negeri saya, so sempat join bengkel yang dianjurkannya. Sempat la belajar pasal felt, mesin bigshoot, cara nak buat tu, nak buat nie. Tu first bengkel saya sertai. Sebenarnya, sangat-sangat seronok sertai bengkel sebab secara tak langsung kita akan lebih tahu apa yang kita tak tahu. Rupa-rupanya banyak yang saya tak tahu! Adoyai...

 iCreativeIdeas.com
Blog ini lebih menjurus kepada blog DIY. Banyak projek DIY yang dibuat, dan hal ini sangat-sangat mengujakan saya! Bila makin banyak selongkar blog nie, rasa macam wow! Sangat-sangat kreative! Benda yang simple sebenarnya, tapi mampu membentuk 'sebuah kraf'. Sebab tu lah saya cakap otak manusia semakin kerap berhubung, kan~

Carina's Craftblog
Nie blog omputesh! Sebenarnya, kraf omputesh lagi-lagi owesome jika dibandingkan dengan orang kita yang buat.(itu pendapat saya semata-mata). Bila saya try buat search pasal kraf nie, kebanyakan blog kraf dipelopori oleh omputesh. Dan ibaratnya, dengan menggunakan meterial kain buruk pon, mereka boleh jadikan sebuah seni yang owesome. Deabak!

Evertthing Etsy
Ada sesetengah yang saya suka dan ada sesetengah yang saya tak suka dalam blog ini. Tapi banyak design yang menarik yang tak terjangka. Kadang-kadang saya dok membebel sengsorang, "benda macam nie pon dia orang terfikir nak dijadikan seni jugak?" hahaha...Nampak sangat seniku cetek lagi. hahaha...

Zoom Yummy
Blog ini yang paling saya minat adalah, crochet dan cara photo tu diambil. Gambar dia sangat-sangat sharp! Best tengok blog tuh!, Nak tahu apa lagi yang best, cuba la survey sendiri. hehehe...

Oke, stop dulu untuk hari ini. Time to eat, dah lapar! huhuhu...
see u next time!

Wednesday, 20 May 2015

Dia... Isteri Luar Biasa




SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
Berdasarkan daripada sinopsis tersebut, plot cerita nie ada kesinambungan atau persamaan/seakan sama dengan drama thailand, Love chain. Cerita ini dah lama, tapi ceritanya insya'Allah masin terpahat di ingatan. Sebab cerita nie best, memang sangat-sangat layan lah cerita ni.


Kenapa saya cakap seakan sama?
  • Dalam cerita Love Chain, si perempuan juga mencari suami sementara. Dan ibu si lelaki mencari isteri sementara untuk si anak untuk mendapatkan cucu. Bezanya mereka tidak berkahwin. Al maklumlah, kalau mereka tak kahwin pun tak jadi hal, hehehe...
  • Cerita ni jugak, Si ibu kepada watak lelaki tersebut yang memainkan peranan. Dia tak mahu anaknya terikat dengan perkahwinan, jadi senang cerita dia carikan seorang perempuan yang boleh 'buat' cucu untuknya. So, dia buat lah kontrak, kontrak untuk mendapatkan cucu. Cucu tersebut adalah warisan keturunan keluarganya. Maknanya, lepas anak tu lahir, ibu kepada anak itu dah tak berguna. Macam ' habis madu sepah dibuang' la. Ek? hahaha...
  • Jadi agak samalah dengan cerita Dia...isteri Luar biasa tuh. Dia mencari 'suami sementara'. Kahwin untuk mengandung je, dah dapat anak nanti dia blah. Kesian dekat suami awak tao!
  • Konflik Dia...isteri Luar biasa, saya dapat agak la lepas ni, (sebab ceritanya tengah berlangsung sekarang) dia kahwin dan bila dah dapat anak, berbelah bagi pulak dengan tujuan asal dengan rasa cinta. Pastu bila dah saling cinta, masing-masing sayang nak lepas. Lepas tu bersama selamanya la..hahaha...heppi ending. kan~ hahaha
  • Dan cerita Love Chain pulak, konflik terjadi bila mereka tak sangka terjatuh cinta antara satu sama lain. Dan dalam ketakterjangkaan itu, dapat anak. Bila dapat anak, Si ibu lelaki tu berebut dengan mak si baby tu nak dapatkan hak penjagaan anak. Si ibu lelaki itu bermatian la nak kan cucunya. Si mak baby tu pulak, nak anaknya sebab dia dah ubah fikiran nak batalkan perjanjian 'buat anak' tersebut. Plus plus bnyak konflik lagi yang pengarah dia decorate. hahaha...
Kadang-kadang ayat saya tak menggambarkan kesamaan plot antara kedua-dua cerita tersebut.
Bahasa saya hancur, tetapi tetap nak berbelog!
Saya tak kesah~ hahaha...
maaf lah ye! hehehe...
Selamat menonton lah ya, 
Saya jarang layan TV. hihihi

New Born

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi saya dah dapat berita gembira. Saya dapat anak saudara baru! Yeppii! hahaha...nampak tak terlebih excited. Kali nie baby girl. Alhamdulillah, dah dapat sepasang. 


Yang sebenarnya, saya tidak kisah ia lelaki mahupun perempuan, tetapi cukup asalkan dia sihat sejahtera. Senang hati Ibu & Abi dan juga mak sedharenya ini, hahaha..

Kakak saya bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Ada masalah yang menyebabkan perlu bersalin lebih awal. Mulanya agak risau, tapi alhamdulillah segalanya ok. 

Oke, dah cakap pasal kelahiran nie, tiba-tiba teringat akan ritual/amalan (ritualkah?) yang dilakukan oleh orang melayu khususnya, iaitu mentahnik. Kalau orang kelantan sebut adalah 'Belah Mulut'. Sejujurnya saya juga kurang pasti mengenai amalan ini. Kalau orang dulu-dulu sangat mementingkan amalan ini. Saya tengok mak saya buat untuk cucunya. Laju je pi cari kurma. Pastu pi letak dekat mulut baby yang baru lahir tu. Heran kejap! hehehe...

Tahnik bermaksud menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi. Imam al-Nawawiy r.a berkata : Para sarjana bahasa menyatakan tahnik adalah mengunyah kurma dan seumpanya kemudian menggosokkannya ke langit-langit mulut bayi. Ibnu Hajar al- Asqalaniy menyatakan tujuan tahnik ialah agar bayi terlebih dahulu mengunyah makanan dan menguatkannya untuk makan.

Bertahnik :
  • Disunatkan kepada yang memperoleh kelahiran agar membawa bayi kepada orang yang soleh atao orang alim untik ditahnik.
  • Sunnah tahnik menggunakan buah kurma dan kalau tak ada kurma adalah lebih baik menggunakan sesuatu yang manis seperti madu.
  • Orang yang melakukan tahnik itu akan berdoa untuk kesejahteraan bayi yang ditahnik itu.
  • Waktu bertahnik adalah pada petang kelahirannya atau perlu disegerakan  pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguh sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat melayu di sini.
  • Dan ada yang bertahnik menggunakan air zam-zam. 

          Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/2013/11/menyambut-kelahiran-bayi-dengan-sunnah.html
          Keterangan lanjut boleh rujuk blog tu, sebab saya juga belajar dari blog itu,
          Terima kasih daun keladi.


Anak adalah amanah dari Allah SWT. Kadang-kadang saya  berfikir dan jadi heran, kenapa ada segelintir manusia yang sanggup buang anaknya dan menyeksa mereka. Tidak sayang kah? Tidak ada perasaan keibuan kah? Tidak ada rasa kemanusiaan kah?
 Apa, dah nak jadi setan kah?

* Saya geram dengan manusia-manusia sebegitu. Terbaru ada kes bayi dikerat-kerat. Walaupun tak tahu siapa pelakunya, tapi memang orang tu bukan manusia! Memang jelas-jelas bukan manusia! 
* Kalau sesiapa tak nak anak, meh bagi saya, biar saya jaga!
Saya suka budak. 
Sangat!!!

Tuesday, 19 May 2015

Deahan Minguk Manse!

Secara realitinya saya bukanlah seorang peminat/penonton tegar telivisyen(TV). Lepas tu terbuka (bila bosan/ tak tersengaja) saluran TV 391 Astro. Bukan ke tu channel Korea kan?.


Ada tunjuk rancangan reality TV yang di bintangi oleh artis-artis Korea yang mempunyai anak. Rancangan tersebut adalah THE RETURN OF SUPERMAN, yang memaparkan kisah seorang bapa yang bertungkus lumus menjaga anak-anak mereka terutamanya semasa cuti hujung minggu. Tanpa bantuan isteri, mereka menjaga anak-anak masing-masing dengan cara mereka tersendiri. So, pelbagai gelagatlah yang dapat dilihat sepanjang siaran rancangan tu berlangsung.


Yang paling menarik adalah melihat gelagat si kembar tiga yang banyak ragam dan comel-comel semuanya! Deahan Minguk Manse! Siapa tak pernah tengok? Sedih bangat sih! Google cepat-cepat tengok dia orang. Rugi sangat-sangat, hehehe. Dia orang ni anak artis korea, bapanya seorang pelakon, Song Il kook kalau tak salah namanya. Sebelum tengok cerita The Return Of Superman, memang selalu tengok cerita yang dilakonkan oleh Song Il Kook, Cuma bila tengok cerita tu, baru perasan tu adalah Song Il Kook.

Oke, bercerita pasal anak-anak mereka yang sangat kiut tuu, start dengan yang paling sulung, Song Deahan. Deahan nie pada mula-mula reality show nie dibuat dia pendiam je. Sangat tak banyak cakap. Pastu, dia lebih bersikap keabang-abangan. Mungkin la sebab mak bapak diaorang dah asuh macam tu kan. “You are a brother, so you must be more responsibility to your little brother”. Lebih kurang macam tu la agaknya, walaupun umur mereka sebaya. Kembar kan!hihihi…


Song Deahan

Anak yang kedua, Song Minguk. Antara tiga beradik nie, Minguk paling ceria, paling kiut dan paling suka menyanyi. Kerja dia menyanyi je kalau hati dia sedang gumbira. Time makan, masa main, masa dalam kereta, masa jalan dan lain-lain. Pastu suka kenyit-kenyit mata, hahaha…memang sangat-sangat comel!



Song Minguk, Cutes overload!


Dan yang ketiga adalah Song Manse. Manse paling free spirit, hahaha. Dia ikut suka je nak buat apa.  Dia juga suka menyanyi. Kalau Minguk menyanyi, diaorang akan sama-sama menyanyi. Hahaha. Sangat-sangat comel!


Song Manse, Si Free Spirit

Oke, jangan lupa menonton ya!
kalau tak sempat nak tengok kat TV, download je...hihihi

Monday, 18 May 2015

Crochet Sarung Botol

Assalamualaikum...

Projek hujung minggu dah siap. Hujung minggu cuti dua hari je, tapi kalau tak ada aktiviti nak buat, mesti rasa bosan ya amat. Rasa macam rugi je cuti dua hari. Rasa macam nak kerja 7 hari seminggu. Gitu ek? iya lah sangatttt...hahaha

Baru-baru nie, timbul hobi baru, iaitu crochet. Rasa macam puas sangat sangat sangat dapat crochet. Tapi kalau time kita syok nak mengait tu, mesti ada masalah. Adalah masa tu benang tak cukup la, warna tak matching la, hook tak ada saiz la, dan macam-macam lagi. Semua itu merencatkan kesungguhan saya nak crochet.Argghhhh!!!

Projek hujung minggu kali nie saya crochet atau dalam bahasa melayu nya disebut sebagai mengait. 


Oke, tu dia sarung botol air. First handmade untuk sarung botol. 


Asalnya saya buat tapak bulatan di bawah tu, ingat nak buat topi. Tapi, makin besar dikait, makin susah nak menjadikan ia besar dan bulat menghampar. Jadinya bulat jugak, besar jugak, tapi membesar ke atas. Dah jadi macam tu, terpaksa kensel nak buat topi, jadinya sarung botol la. Tuu haa..

Ok lah...dah tak jadi topi pon tak apa. Sekurang-kurangnya ada sarung botol pengganti topi, hahaha...


Dan yang paling best lagi, kalau ada yang nak sedekahkan benang? sedekahkan? sadis sangat bunyinya...
Okelah, saya tukar ayat, bestnya kalau ada yang bagi benang sempena birthday kita. Sangat best kan...



Kalau ada benang banyak macam nie, jom kita buat projek lain pulak minggu depan.

Sunday, 17 May 2015

Felt Product

Assalamualaikum...

Masa yang dirasakan kian pantas berlalu, sehingga saya tidak sedar sudah lama (agaknya) saya meninggalkan belog ini. Timbul-timbul pula, jarang-jarang sangat. Kalau ada kejadian yang mengingatkan saya akan belog ini, barula saya mula rajin menekan keyboard ini. Kalau tak, sepanjang hari berlalu tanpa ada kerja yang bermanfaat. Sadis!

Oke, selesai mukadimah!
Enter!
Dah boleh merujuk pada tajuk. Felt Product merujuk kepada hasil-hasil kraf yang dapat dibuat dengan menggunakan Kain Felt. Kalau si pencinta Produk Felt, dia orang akan tahu apa itu Kain Felt. Cukup stress kalau semasa kita terangkan tentang kain Felt tu, ada pulak yang buat-buat muka penuh tanda tanya, "Apa itu Kain Felt?" "Kain Felt tu macam mana?" dan ada yang lagi lawak, dia tanya " kain felt tu, kain orang buat baju ek?". 
Errrrr...buat baju?? hahaha...oke, nak buat baju pom boleh, tapi baju untuk anak patung je.kikiki...dan kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut apa itu Kain Felt, google je senang. Dunia kini kan di hujung jari, nak tahu apa-apa tekan je, hehehe...silakan..


Nie contoh Kain Felt. Sebenarnya, Kain Felt ada dalam pelbagai tekstur, contohnya ada yang lembut, yang keras, yang nipis, yang tebal dan lain-lain. 
*Kalau saya pergi beli kain felt, komfem jadi rambang mata! Semua colour saya nak!!

Apa yang boleh dibuat  dengan menggunakan Kain Felt ini? 

1. Bunga Telur
Dah jadi minat utama saya buat bunga telur dengan menggunakan Kain Felt. Kalau guna Kain Felt untuk buat bunga telur, rasa macam gebu samacam je. Rasa macam eksklusif je, rasa macam mahal je, rasa macam best nak pegang dan rasa macam-macam.kikiki...
Untuk bunga telur, ia tidak terhad kepada 1 jenis bentuk bunga sahaja. Kalau kreatif, anda boleh bentuk macam-macam bunga mengikut kesesuaian dan daya inovasi yang anda miliki. Hahaha...agak-agak faham jelas tak..kikiki

Ini contoh satu jenis bunga yang dicantum menjadi 1 kelopak bunga. Anggaran besar Bunga Telur ini adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Sebesar penumbuk saya! hahaha...

2. Bunga Tangan
Projek yang selalu saya buat. Selalunya semasa sahabat-sahabat saya berkahwin. Dia orang request, saya buat. Untuk sahabat, no hal punya! hehehe...Untuk bunga tangan, sama je dengan bunga telur, cuma caranya sahaja yang berbeze. Buat bunga tangan lagi senang berbanding bunga telur. Sebab? Bunga tangan cepat siap, dan bunga telur lambat siap. hahaha...boleh terima tak alasan tu? Boleh je...dan contoh bunga yang saya buat seperti di bawah...


Ini contoh 1 jenis bunga, dan hasilnya...


Inilah hasilnya...

3. Doorgift
Doorgift sebagai cenderahati perkahwinan. Sekarang ramai yang semakin kreatif, dan macam-macam bentuk doorgift yang dicipta. Sesuai dengan peredaran masa, dan pemikiran manusia kan, hihihi...Yang nie bukan saya buat, orang lain yang buat. Saya pinjam gambar je, hehehe...




Macam-macam dapat buat guna Kain Felt kan...
Teruja saya! hahaha...

4. Keychain
5. Kasut Baby
6. Dan sebagainya...(banyak lagi!)

Tunjuk gambar je lah ye...



Ok dah! 

                Macam-macam boleh dibuat sebagai produk dengan menggunakan Kain Felt. Sapa yang tengok tak teruja nak buat, memang dia tak ada nilai seni dalam dirinya,hahaha...
              Saya peminat seni, peminat felt dan peminat barangan kraf yang berunsurkan seni. 
     Dan boleh dikatakan, seni dan diri ini sudah sebati, echecece....
       Sesiapa yang malas nak buat, boleh tempah dengan saya! Oke!
                                                 Insya'Allah i can do it!


Sunday, 10 May 2015

Aku sayang Ibu



Semalam yang duka
Aku tinggalkan dia dalam panas merenik
Nampak betapa wajah itu dimamah usia
Baru aku sedar!
Badannya yang jarang sekali aku pegang, aku urut
Rupanya semakin kendur kulit-kulit itu
Tersentak aku, sungguh aku tersentak!
Dalam diam hari aku menangis
Di luar dia nampak tabah
Dalamnya siapa yang tahu
Wajah yang semakin tua itu
Yang menjadi penawar kesakitan aku
Kerinduan aku
Tapi hati ini terasa sadis bilamana dia sakit
Penawarnya aku buntu
Aku buntu
Semalam yang sadis
Terpaksa kami tinggalkan dia
Bersama wajah tua lain yang diharap boleh menjaganya
Mereka sama-sama meniti usia tua
Apalah nasib
Anak-anakmu tidak kekal di teratak usangmu
Pergi mencari keperluan dunia yang sementara
Tabahlah duhai bonda
Tabahlah!
Sesungguhnya sudah lama aku menunggu masa pulang
Sentiasa aku ternanti-nanti saat bersamamu
Tetapi karenah dunia menghalang perkara itu terjadi
Adakah aku yang salah?
Adakah aku yang tidak benar?
Tabahlah duhai bonda
Sedikit masa pasti aku akan pulang menetap di sana
Menemani hari-hari tuamu
Sesungguhnya di sini bukan duniaku
Jauhkanlah takdir aku dari terus di sini Ya Tuhan!
Aku mahu pulang!
Aku mahu pulang!





Saya sayang mak ketat-ketat!