Wednesday, 24 June 2015

8 Ramadhan / 25.06.2015

Assalamualaikum...

Tanpa disedari, sudah 8 hari kita berpuasa. Puasa yang ditunggu-tunggu, disambut dengan penuh kesyukuran. Macam-macam ragam dapat dilihat sepanjang 8 hari berpuasa ni. Dari yang kecik sampai ke besar. Dari yang baru bermula nak belajar puasa sehinggalah yang dah 'expert' sangat-sangat, masing-masing melakar kenangan baru sempena Ramadhan ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat sesuai untuk seseorang berhijrah ke arah kebaikan atau juga memulakan sesuatu yang tidak pernah menjadi kebiasaan. Sepanjang bulan ini, jika kita istiqomah dalam melaksanakan sesuatu ibadah atau kebaikan, insya'Allah di bulan-bulan yang lain juga dapat diteruskan amalan tersebut tanpa rasa susah. Amalan seperti:

"Aku tak pesan untuk orang lain, aku ingatkan diri sendiri. 
Siapalah aku, belum sampai ke tahap nak 'ajar' orang".
  • Berpuasa penuh di bulan ramadhan
  • Bertadarus/ Membaca Al-Quran setiap hari
  • Berterawih
  • Mendengar ceramah agama dan mendatangi majlis-maslis ilmu
  • Bersedekah walau dengan hanya sebiji kurma
  • Mengelakkan dari melakukan perkara yang sia-sia-jaga tingkah laku
  • Mendidik hati supaya bercakap tentang perkara yang baik-baik saja-jaga pertuturan
  • Jangan membazir!
  • DLL
Sepanjang 8 hari berpuasa ini, sempat meninjau macam mana suasana umat islam di luar dari Malaysia berpuasa. Tengok gambar je lah ye! 
Sumber gambar daripada : World Bulletin

Iftaar di Pakistan

Iftaar di Istanbul

Iftaar di Gaza

Iftaar di China

Kesimpulannya, ada yang berbuka puasa dengan hanya sekadar-kadarnya dan ada juga yang berbuka puasa dengan berlebihan. Tepuk dada tanya nafsu. Dan bila tanya nafsu, maka banyaklah yang lebih daripada kurang, dan banyaklah yang tidak cukup daripada memadai, jawabnya membazirlah. 

Di Malaysia tak kurang meriah juga bila tiba bulan ramadhan. Bazaar ramadhan berderet, nak makan apa, siap tunjuk then bayar je. Kalau pandai memilih, ok lah ye dan kalau tak pandai memilih jawabnya cirit. Redho je.hihihi...

Bila tiba puasa, saya gembira. Suasana bulan puasa berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Dan saya suka akan suasana itu.
 Lepas cukup puasa baru boleh beraya, kalau tak cukup puasa jangan raya ok!

Monday, 22 June 2015

Pantun saem2 malaya

Assalamualaikum, cerita dah nak bermula,
Semua dah siap, dah sedia ya??
Duduk bersila, bacalah blog saya,
Semoga ceria, terhiburlah hendaknya.
Nurul Amira cantik orangnya,
Berkaca mata segak bergaya,
Orangnya rajin boleh dipercaya,
Kalau nak buat menantu x nyesal punya!
Sekilas pandang macam model,
Tidak rendah dan tidak juga kerdil,
Hasharida Bie nama dipanggil,
Suka termenung mata terkebil-kebil.
Dalam fesbuk dikenali Haina Ain,
Di luar fesbuk namanya dah lain,
Dikata seiras Ayu Raudah isterinya Zaquan,
Alahai...sukanya bukanlah main!
Membawa NIKON DSLR ke sana ke mari,
Mengambil gambar bermacam-macam posisi,
Rabiatul Adawiyah jurukamera digemari kami,
Terima kasihlah sudi ambik gambar kami!



Bab memasak serah padanya,
Sebut nak makan apa, pasti dibuatnya,
Wan Nor Asiah x pakar masakan Cina,
Kalau nak makan, tempah yang lain lah ya!
Dialek Terengganu menjadi pertuturan,
Pekatnya ‘sangat’, lucu dirasakan,
‘Berat nanang’ dikatakan kepada rakan-rakan,
Nur Fathiah wat derk je lama kelamaan.
Nama TerWahida dua gabungan,
Orangnya kecik memang kuat makan,
Bila ketawa tertahan-tahan,
Muslimah sejati nama diberikan.
Hasila Hassan orangnya ceria,
Membuat lawak memang kreatif orangnya,
Masuk maharaja lawak x layaklah dia,
Kalau maharani lawak, boleh jaa...
Hasanah Rani kurus dan lansing,
Comey molep lelaki dok kerling-kerling,
Awas ya buaya-buaya mata juling,
Silap-silap haribulan botol kaca dibaling.
Tuturnya pekat loghat Kedah utara,
Mengingatkan saya pada MatLuthfi si ceria,
Siti hajar mak dia beri nama,
Selalu tersenyum tanda bersedekah buat pahala.

Nadia Ebi nama gelarannya,
Naik eroplane datang dari Sarawak sana,
Selalu x faham loghat Kelate saya,
Tapi berlagak macam faham senyap sahaja.
ChikMa Mashiitaa comelnya nama,
Selalu perasan itu je kerjanya,
Ketawa dan nyanyi memang hobi saya,
Bukan apa, nak hilangkan stress kata saya.
Cukuplah sampai di sini lain kali cerita lagi,
Minta maaf pada semua saudari,
Jika pantun saya terkeluar dari landasan keretapi,
Berpantun- pantun bukanlah kepakaran saya,
Sekadar nak suka-suka bolehlah direka,
Kalau masuk pertandingan kompemlah merana!
So, i surender ampun saja ya!
Moga-moga anda semua terhibur yaa!!!

Bonda



Bonda
Pertama sayang tentulan bonda,
Kedua sayang pastilah keluarga,
Ketiga sayang sahabat saya pula,
Jangan bimbang, saya belom punya teman istimewa,
Sayang ‘teman’ kita ketepikan saja,
So, nak cakap sebanarnya,
Saya sayang semua yang ada.
Bonda ku sayangi sangat teristimewa,
Mendidikku menjadi insan berguna,
Sampai ke hari ini aku hidup bangga,
Kerana belom pernah lagi terjerumus ke lembah durjana,
Alhamdulillah kerana semuanya berkat jasa ibubapa,
Akan ku kenang sampai ke akhir hayat tentunya.
Tahun 2015 ini aku sedikit kecewa,
Sama rasanya seperti tahun-tahun sebelumnya,
Nak tau sebab apa?
Kerana aku masih belum bisa membalas jasa-jasa ibubapa,
Susahnya hidup bonda membawa ke tua,
Rasanya belum sempat lagi mengecapi kesenangan dunia,
Entah bilakah dapat merasa,
Hasil dari anak-anak semua,
Berharap anak-anaknya membawa sinar gembira,
Tapi apakan daya,
Masanya belum tiba,
Agar kami adik-beradik bisa berjaya,
Menjadi insan yang boleh diharapkan ibubapa,
Sabarlah...suatu hari pasti akan tiba,
Rasa sedih meresap di jiwa,
terasa sayu mengenangkan nasib keluarga,
tetapi berbekalkan iman didada,
kutanamkan tekad, mengejar cita-cita,
ku pasti ini semua pasti ada hikmahnya.
Sekian dahulu sampai di sini sahaja,
Ku coretkan lagi di lain masa,
Akan ku tetap kenang jasa bonda,
Walaupun bumi terbelah dua,
Matlamatku hanya satu,
Boleh menjadi dua atau tiga,
Memberi kebahagiaan dunia kepada ibubapa,
Dan insya’Allah di akhirat sana,
Assalamualaikum sekian,
Panjang umur kita berjumpa,
Babai, sayonara, gambate neh semua!
Love u all forever!!!

Sakit VS Sihat

Assalamualaikum...

       Hari ini penulisan saya sedikit ke arah formal. Saya ingin mencuba menggunakan bahasa-bahasa yang telah diajarkan di sekolah sejak saya sekolah darjah satu sehinggalah ke universiti kini. Tapi, saya bukan seorang yang bijak dalam berkata-kata. Mengarang bukanlah kepakaran saya, tetapi saya suka menulis/menaip. Dan apabila saya menulis/menaip sukar untuk berhenti. (berhenti apabila penat sahaja!, ‘tengok saja “intro” ini, panjang sangat, belum masuk isinya lagi*~panjang ke~?). Jikalau diberi sebuah cerita kepada saya untuk saya sampaikan semula kepada “audiens”, alamak! hancurlah ceritanya. Tengok saja jika tidak percaya. Hi..hi..hi..

       Sakit? Apa itu sakit?Sakit sebenarnya perasaan/rasa yang melibatkan deria manusia (ini adalah mengikut kepala otak saya sendiri, dan tidak mengalami isu Plagiat di sini. Kalau salah, salahlah ia dan kalau betul, kita teruskan. Hi..hi..hi..) Perasaan sakit itu sebenarnya amat menyakitkan.(berbelitkah ayat ini?) Pasti kita semua dapat bayangkan bagaimana berkeadaan “not well”, memang sangat memeritkan dan ketidakselesaan. Sedang kita dalam keadaan sihat, mungkin kita tidak menghargai kesihatan dan apabila ditimpa kesakitan, barulah kita sedar betapa nikmatnya berada dalam keadaan sihat. Semakin ditimpa kesakitan, semakin kita merasakan menuju ke saat-saat kematian. (aku jadi insaf tiba-tiba T.T )

        Sebenarnya, sakit adakalanya baik untuk memberi peluang kepada kita memotivasikan diri dalam segala aspek, contohnya melakukan perkara baik yang belum pernah kita lakukan.(ayat agak berbelit di sini, sebab ini ayat aku sendiri. Sekali lagi ditekankan tiada unsur plagiat ok!) ok, sambung balik.  Di sebalik kesakitan yang dirasai, bertujuan menguji keimanan sama ada mereka bersabar atau redha. Tetapi, hamba-hamba Allah bukan semuanya tabah menerima dugaan ini. Ada yang putus harapan, ada yang membentak-bentak dan ada juga yang meninggalkan segala suruhan Allah ketika sedang sakit seperti bersolat umpamanya. (Janganlah tinggal solat, selagi boleh buat, kita buat!kalau tingal-tingal, susah malaikat nak mencatit amalan kita! Jangan menyulitkan kerja malaikat!)

         Aku petik dari buku, menyatakan bahawa orang yang diuji oleh Allah dengan sesuatu penyakit walaupun melibatkan kesakitan yang sedikit, maka jika dia sabar dan redha, maka Allah menulis untuknya satukebajikan dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. (Kalaulah ramai yang baca buku ini, dan terjumpa ayat seperti di atas, adakah mereka akan redha atas kesakitan yang dialami? Kalau berkesan sepatutnya diletakkan di Hospital atau di Klinik kerana di situ ramai orang sakit. Tidak semua dari mereka redha akan kesakitan mereka kan?jadi letakkan sebesar-besarnya “font” di papan kenyataan di atasnya ditulis SILA BACA SAYA.DOT.DOT.DOT...)

         Tetapi, siapakah diantara kita yang berasa redha dan sabar dan boleh bertahan semasa menanggung kesakitan dan kesengsaraan, walaupun ganjaran besar telah menanti? Aku rasa mereka yang imannya tinggi sahaja mampu berbuat begitu. Tapi, kita sebagai manusia, sifat sabar dan redha itu perlu bagi kita yang beragama islam terutamanya~sebagai landasan memudahkan ke syurga. Insya’Allah!!!

Sukanya tengok BLOG orang

Salam...jumpa lagi kita ya! 
Emm...kali ini aku agak malas berbahasa formal. Terasa lidahku ini bergerak ke kiri dan ke kanan untuk memastikan aku nie bercakap/menaip dengan betul. Haaa..awak-awak semua apa tau, penat tao! Aku boleh menjadi betul-betul dan sebetulnya formal apabila time nak jawab exam sahaja. Titik!

Berbalik pada tajuk di atas, hobi aku sekarang ialah meneroka blog orang, sama ada yang orang dikenali atau yang tidak dikenali..he..he..he..Adakah ayat aku kedengaran bunyinya jahat.?ahhh..x de jahatnya..blog dibuat untuk org lain baca kan? jarang sangatlah orang yang buat blog sekadar nak melepaskan tension, apa yang berbuku di dada dan sekadar untuk peribadi kan??kan??kan?? mesti sedikit sebanyak nak menarik orang-orang utk membacanya..kih..kih..kih..

Terbaru nih, aku terjumpa 1 blog nie. (terjumpa ke ataw sengaja cari nieh??hahaha..ngaku cepat!) Blog nie sangat le cantik, tertarik dan sangat-sangat da boomm!!! Ak x mao bagi linknya kat sini sebab...aku cari blog ini secara kidnap..hahaha...berbanding dengan blog sendiri, blog aku nie kosong! maksud aku kosong tu bukan x de ape2 tulisan atau apa2 coretan, tapi macam faktanya kurang. (aku kan x bijak sangat..=.=’) 

Tapi aku rasa berbaloilah dia (si penulis blog itu) seperti itu kerana dia lulusan luar negara. Aku lulusan dalam negara sahaja. (ramai je blogger dlm negara kita sendiri yang gempaQ dengan  cara penulisan dan penyampaiannya yang tersendiri. Janganlah lihat mereke di luar sana sahaja...pesanan untuk aku sendiri, hargilah blogger tempatan kita..hehehe). Lagi pula, tambahan aku nie kurang berpengetahuan. *elelee..lagi-lagi wat ayat merendah diri pulak daahhh...

Melalui blog yang aku terokai tu, ak tau semua pasal family dia...hahaha..kiranya aku jadi macam penyiasat persendirian. Cari tau maklumat orang melalui blog. Baik x macam tu?hehehe...

Satu lagi blog yang aku jumpa, pasal masakan...macam2 jenis masakan si penulis blog nie buat...paling buat aku tertarik, cara persembahan yang disampaikan. Disamping gambar yang memang berseni dan ‘sharp’ cantek..huhuhu..memang dia guna kamera mahal...DSLR kot..hehehe..i like it! 

Pastu, dalam banyak-banyak masakan yang dia persembahkan dalam blognya, aku tertarik pd 1 jenis kek iaitu KEK KAREMEL. Sempat laa aku copy buat  utk dibuat kenangan. (eh bukan nk dijadikan panduan untuk membuat kek itu nanti ke?) jom kite tengok  resipi buat kek tu...nanti kalau sape2 yg buat kek nie bagi kat sy cket..nak rasa..hehehe..”’kak Blog’ pinjam resipi akak nk masuk dlm blog sy jap eh!TQ..” hehehe...

KEK KAREMEL
Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan  
Bahan Karemel 1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2 140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan. 

MerinQue 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
kemudian tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
 Jika menggunakan loyang yang berpatri, Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalal adunan kek. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang. 
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas diletak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh Kak Zuriani.

 Nikmatilah ia..telan air liur saja ye!! Huhuhu...

 Sekian...tp saya tetap berazam membuatnya suatu hari nanti! Insya’Allah! *tetibe rasa lapar...jom cari makan dlu...adoyai..


Memori Daun Padi



  • Salam..oh my darling, i love you... (hehehe..tengah dengar lagi hindustan nie..terbawak2 plak..adoyai..)
  • Sekarang aku tengah bercuti di kampung terchenta...tengah seronok2 melayari alam percutian nie..kawan kamcheng aku ajak p photoshoot kat ‘baruh padi’=sawah padi. Waaa...lame sudah tidak berpoosing...rasanya sejak bercuti nie belum lagi ber’poosing’.hehehe...aku pon dengan rela hatinya menerima pelawaan tersebut.
  • Mula2 sampai kat tempat kejadian, (alaaa...belakang umah aku je..hahaha)...waaa...kami dapat tengok padi luas terbentang hijau memandang. Daun2  padi melambai2 ke arah kami,...kami ape lagi...melambai balik laa!!hahaha...lepas puas/ boring posing kat tempat yang same je...kami berjangkit dari satu tempat ke satu tempat ke tempat padi yang lain plak...emmm..dok tengah ambik gambar tu, aku terfikir..ooo patut pon padi tengah hijau sekarang, musim orang tanam padi rupanya...hahaha
  • Macam2 gaya la kami amik gambar...sesetengah dari gambar tersebut tidak membayangkan bahawasanya kami ini sudah pun melebihi dari umur yang sepatutnya untuk membuat aksi seperti itu..kih..kih..kih...tapi, x kesah...sape ade kat situ?kami2 je...selain tu ade lah ‘orang-orang’ duk terpacak jadi pengawal keselamatan..hihihi...
  • Kami p bergambar 2 hari tao! nak tau sebab ape?? First sebab cuaca semalamnya mendung..gambar x berapa cantik..tapi cantik lah jugak..hehehe.. second, sebab...manelah cukup bergambar 1 hari je kan>??sape kata cukup??x cukup!!hihihi...(memang ayat x matang...x matang langsung!)
  • Hasilnya, aku dapatlah gambar seperti di bawah ini..saje nak berkongsi je...kalau x nak tengok, klik X (tutup) cepat2 k!!.




















sekian dari saya....saya sudahi dengan sebuah lagu...sgt bermakna, dan sy minat..hehehe

Bumi ini..
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa di sedari
Lalala..hei..
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah
Kulihat hijau.
Lalala..lalaa...
Oooo ..anok-anok tok leh
Merghaso mandi laok
Bersaing main ghama ghama
Ale lo ni tuo umonyo bejuto
Kito usoho jauhke dari mala petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak agih
Keno make asak hok biso we
Pasa manusio
Seghemo bendo bendo
Di dunio
X leh tehe sapa bilo-bilo
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Dikala kita tersadar
Mungkinkah terlewat
Koruupsi opressi
Obsessi diri
Polusi depresi